2011-12-25

anologi hey pakwe..tengok la saya...


dekat satu sekolah ni..ade la sorang budak lelaki ni..punyer la femes ames dia kat sekolah.. yer la.. pelajar hebat la kate kan.. bole kate semua jawatan penting dia pegang,ketua kelas ,ketua pelajar,ketua perpustakaan..ketua unit perubatan..ketua badan kokurikulum,pembantu kanan kelab silat,ketua musolla pon dia pegang jugak.. banyak la..

budak ni jugak mahir dalam segala bidang,serba boleh la kate orang..bertukang boleh..tolong-tolong cikgu boleh,pasang canopy sukan boleh,angkat berat-berat boleh,bagi arahan kawat bunga boleh,tolong mak cik kantin pon boleh..hmm, kalau cukup umur,nak-nak aje wat menantu.. ahaks! 

pastu pulak,selalu memenangi anugerah.. bole kate segala bagai jenis anugerah,semua dia yang sapu..anugerah pelajar cemerlang,anugerah pelajar mithali,anugerah qari terbaik,anugerah bintang tahunan,anugerah pengawas pilihan..anugerah buah hati kesayangan cikgu-cikgu sesekolah,anugerah pelajar popular..erk?.. mau tak jeles pelajar pelajar lain?. memang hebat la..

dah la hensem tak terkire..tinggi,kulit sawo matang,rambut berminyak dan terpacak hampir setiap masa,baju dan seluar iron kemas beno,wangi memanjang.. hampir semua pelajar perempuan terhegeh nak tarek perhatian dia.. pelajar lelaki lain memang tak laku la.. nak-nak aje semua pelajar lelaki pindah sekolah lain sebab hypertension..

dia layan budak2 perempuan macam biase je.. yang penting layan la semua.. macho la kate kan.. ade tu dia rapat sikit sebab budak perempuan tu pandai amek hati dia..

budak-budak perempuan pulak buat macam2 nak tarek perhatian dia.. siap main dengki-dengki lagi kalau budak lelaki tu tak perasankan dia.. ade yang siap menangis-nangis lagi.. ade yang sampai nangis pujuk-pujuk nak suruh jugak budak laki tu pandang dia.macam-macam gaya.




oke2..baiklah..pebende yang saya nak story dari tadi?.. da merepek2 lagaknya..



sama la jugak keadaanya kite dengan allah.. dimana allah tuhan alam semsta yang terlalu la hebat sifat-sifatnya.kalau boleh..kite ni nak buat semua bende nak bagi allah tu lihat pada kita..dan perasankan kewujudan kie..nak allah tengok kite selalu..buat segala amal ibadat supaya allah sayangkan kite..terrrrrlalu ramai manusia yang berlumba-lumba nak mencari kasih allah..semua bertanding untuk menjadi yang terbaik..dan dalam ramai-ramai tu..dia nak allah nampak dia..

lalu menangis lah hamba itu di tikar solatnya di malam hari masa kite-kite tengah sedap berdengkur layan mimpi..

lalu takut la hamba itu untuk berbangga diri bila teringatkan kebesaran tuhannya.

lalu takkan riyak la hamba itu bila terasa kerdilnya diri dan nilai nya di sisi tuhannya yang maha besar.

lalu takkan berlagak la hamba yang bijak sana itu kerana tahu ilmu yang banyak bertimbun tu tak der makna kalau tak diamalkan..

lalu hamba tu akan selalu bersedekah dak tidak bakhil terkenangkan tuhannya yang bagi rezeki dan boleh tarek rezeki tu bebile mase je.




begitu la halnya hamba-hamba allah yang beriman dan cintakan akhirat dan dunia yang kekal bersama tuhannya..


saya ......insaf......sikit...~

No comments: