2013-10-10

I don't know if i want world to know this. but, its okay~

salam,

hoiiii, lamanya tak update ini blog berabuk..
bunyi macam brutal kan..
ahhh biakan saja..
sejak mood mood tak berapa nak baik 3-4 bulan lately, saya memang jadi tak berapa nak lembut, sekali tengok da tak rupe orang dah..
tak kisah la orang nak kata apa..

hmm balik malaysia dah nak 2 bulan lebeh.. ape je yang saya bawak balik dari Mesir.. erghh..

kegagalan..

erghh.. ya sukar nak ditelan..

tapi iya... anda tak rabun.. atau pon ade cancer kornea..

saya memang type, KEGAGALAN.

ya.. saya gagal lagi dalam final exam, islamic studies, tahun dua di Universiti Al azhar, Mesir.

Gagal lagi. maksudnya bukan first time.. ini adalah kali kedua.

kebangangan apakah ini...~ failed exam sampai dua kali.

orang lain jadi pakar runding masyarakat,
pembantu masyarakat,
penaik taraf hidup masyarakat,
hidup bermasyarakat,

kau! jadik sampah masyarakat! ape cerita....


sob..sob..sob... isk isk.. isk.. jangan la cakap macam tu, terusik hati perempuan saya yang beremosi tinggi nih..~ oh!

hmmm, Allahu.. tu orang panggil 'tak serik-serik, tak taw nak kata ape dah'.

ingat mak bapak hantar pegi mesir tu nak melancong sesaje eh...~

oke..oke.. saya faham, *tunduk sapu ayer mata* sob..sob...


hah! sape lagi nak maki saya yang kegagalan nih.. datang lah...~

ya.. sudah pasti ramai yang kecewa.. mak ayah saya kecewa.. adik beradik saya kecewa.. guru-guru saya kecewa....

dan saya.. sudah pasti la lebih extravaganza berlori-lori lagi kecewa dengan diri saya berbanding mereka..

ya, saya kecewa dengan diri saya kerana tidak berjaya memupuk minat pada bidang ini [sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahanda saya] dan sekali gus tidak dapat berusaha dengan baik, sekaliigus gagal la hadiahnya Allah bagi buat mereka yang kurang berusaha.titik.









ehem!

tanak la pasang azam berasap-asap berkepul-kepul kali ni...tak nak ah cakap banyak pasal mende2 azam nih.. :

ape pun, next time, setelah diberi peluang terakhir untuk sambung belajar di Mesir , saya nekad untuk belajar bersungguh2. harap menjadi la muhammad azam saya kali nih~ Allahumma amin... <3

"saya tak kan herankan kutukan,makian, komplen, pendapat tak membangun dari sesiapa pun tentang kegagalan saya ini! saya akan bangkit sendiri, saya yakin dan saya mampu! enshaallah,korang kutuk berbakul-bakul, n konon nak nasihat pedas tak ikhlas ke ape.. last-last.. hidup saya ni tetap saya yang kene handle sendiri dan keep it on track kan...Semoga Allah sentiasa bersama saya, buat yang tak putus2 dan saaaaaaangat sabar bertahan dengan kerenah saya dan sentiasa memberi semangat tak jemu.. I love you All bery much and may Allah bless you, saya tak pernah lupe orang yang benar-benar bersabar dengan saya seriously :') "



wallahu a'lam.

mungkin lepas ni saya kene tukar header blog ni jadik,[sedikit coretan dari insan yang hina.] erk.. =_="


oke! adiosssssss :)


k,bye,
wassalam.



# tajuk tu da macam belog ni satu dunia baca. krik..krik.krik..~