2011-12-25

kene ludah awak tu kat saya siap eh!!

hikayat mesir mari lagi..

semalam..mase saya on the way nak balik ke rumah lepas da bergumbira dinner kat lua dengan kawan2.. (macam kaki joli je daku tengok) bukan la.. kua dengan ahli2 smart circle je ponnnn..

kami berenam pon jalan la macam anak itik balik petang.. saya mesti la jadik yang belakang sekali..selaku guard tk bergaji memastikan semua kawan2 saya yang lima kerat tu selamat sampai.. acewaaaah..
saya suka jalan kat belakang..sebab saya suka jalan lambat-lambat sambil menikmati udara sejuk menggigil mesir nan berabuk..

sekali tu...ehem! saya terpandang seorang jejaka mesir ni. mak ai.. hensemnya.. 
(jaga pandangan..jaga pandangan. bak kate warden asrama saya dulu).

 dia jalan dua depa tepi sya..tinggi nak dekat 170,rambut da macam edward cullen..pakai plak sweather hitam,fit putih kat dalam ..jalan pon da nak macam model bertaraf antara planet,perfume tak yah cakap la..hugo boss kot..

saya tak der la pandang lama2..cuma terperasan kehadirannya bila dia jalan sebelah saya..lepas tu saya wat bodoh je la.. sebab ramai je lelaki hensem macam tu kat mesir ni..pandai2 la jaga mata kalo tak nak kene bakar esok2 lusa ek..

dan2 je dia jalan melepasi saya..nak cepat gaknya..tibe tibe...

"haaak tuihh!!"



 zup! alhamduillah!shukur! nasib baik saya sempat mengelak. 'mende' tu mendarat elok elok je dekat tempat saya berdiri,dengan gaya bebas dan steady..saya cuba untuk buat2 biase je muka saya.. tapi dalam hati.. tuhan saja yang tahu bertapa saya GELI GELEMAN!!! akan berbuatan edward cullen yang tak bermoral ,tak senonoh lagi tak bertauliah itu!

eh tolong la okay!..saya anti bebeno beno dengan orang suka meludah rata ni.. menggigil satu badan okay..nak ludah tu..ludah la dalam plastik ke.. tisu ke..(bukan pemintak sedekah jual tisu tu belambak ke?)..tak tak tahan pon.. tunggu la balik rumah ke dalam poket jaket pon bole kalau da terdesak sangat..hatoi..hatoii..

dengan itu..maka hilang terus kehenseman dan ke'edward cullen'an jejaka tadi..lenyap begitu saja..muka adik saya dalam gambar pasport dia jauh kebih indah dan berseri..oh! tidak..~

saya tahu..orang lelaki mesir mejoriti isap rokok..tak sedap tekak ke ape ke..saya tak tahu la.. yang saya tahu.. ramai lelaki isap rokok dan ramai lelaki suka ludah merata2 ikut suka hati nenek  tiri angkat sebelah mak kandung dia jew.so.saya kaitkan la isap rokok dengan meludah tu..

sampai sekarang pon saya masih tak tahu kenapa lelaki agak suka meludah? (bernanding perempuan)..kat malaysia pon ade. tapi tak la teruk sangat tahap ketaksenonohan mereka berbanding orang mesir.

yang penting..kite org islam ni ade adab2 la wey.. adab2 meludah..kebersihan separuh daripada iman la encik edward cullen palsu!  (walaupun EC tu kaper) <--tak habis2 lgi dgn edward cullen haih!

hmm nak dekat setahun lebeh dok kat mesir ni..saya menjadi makin akrab dan intim dengan negara ni dan penduduk2 nya.saya da tahu macam-macam perangai dan baik buruk orang2 mesir nih,. ceh.. macam bijak gaya bahasanya. 

sekian.


2 comments:

Anonymous said...

geli sehhhhh..

duta surga said...

oh..memang geli.. :)