2012-04-30

muslimah bergaya dengan akhlaq. :)

bismillah..
mutakhir kini (oh!geli..sejak bile pandai gune perkataan skema exam bahasa melayu SPM 2008 ni?)
saya dapati banyak sangat fashion muslimah yang direka supaya semua muslimah tidak terlepas dari mengikuti arus kemodenan fashion yang berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan #cikgu Sam mesti bangga.~

namun ..saya tak dapati fashion fashion itu menarik pon?.. ntah la.. saya kolot kot? err saya tak rase saya kolot.. orang perempuan zaman sekrang berpakaian nak menarik mata mata lelaki ajnabi memandang ke arah dia ke?.. hmm tudung sekadar fashion.. ahhh.. tk kisah la.. saya bukan nk membebel pasal fashion hari ni..~

ade kawan saya tu cakap.. dia tk pandai la berfashion fashion macam budak2 remaja lain. dan mengeluh tak suda.. sian plak.. oke..fine la.. kalau susah sangat nak bergaya dengan fashion terkini.. stay kemas dan hiasi la dulu peribadi bagi bergaya..pasal gaya luaran tu kite bincang kemudian?.. bole? pasal hiasan dalaman ni makan masa untuk dipupuk dan hiasan luaran tu belambak kat kedai..tinggal beli je. :) ...~

sebab peribadi ni menyerlahkan keanggunan sejati..~wuhhh..~

#sebab saya pernah tengok sorang perempuan  ni cantik amat,tapi suka mencarut dan mengasari kanak kanak.. dan saya tak dapati perempuan tu cantik lagi lepas tu..~ T-T tanak jadi cam tu.. waliyazubillah.


antara ciri ciri yang mencantikkan wanita dari dalam..~




 mule mule sekali mesti la,kalau perempuan atau lelaki yang baik kene la jadik mukmin yang bertaqwa dan takut kepada Allah .. :) yang terpertama~

1.berilmu..,
ilmu dunia dan akhirat..ilmu agama lbih2 lg. la.sebab  dia bakal mnjadi seorg ibu yang akan mendidik anak2,..rijal dan  banat islam nanti ..termasuk dalam mnjaga agama la..jaga solat..jaga halal haram (makan pakai)  dan sebagainyer..




2.ade perasaan malu yg menebal,
perempuan memang dicipatakan satu set denagn sifat pemalu,fitrah la..yang tak tahu malu tu kemungkinan disebabkan persekitaran yang mengikis sikit2 sifat itu.. bukan sebab dia lahir tanpa sifat itu..malu bertempat la.. dalam mendalami ilmu dia tidak sepatutnya berasa malu.




3.mempunyai semua sifat2 lemah lembut , kesopann dan tolak ansur ,
sebelum memiliki sifat2 kasar dan sebagainya,yg penting tahu bahwa sifat pemarah tu sifat yang  keji..dan same sekali dibenci  allah dan rasulnya.sebab bile dia seorang  yang lembut dan faham hakikat sifat marah..marahnya  tidak  menyakitkan ..katanya2 berhikmah..amarahnya terikat..dalam kata lain.. berpada pada la..~



4.mnjga lisannya..tutur kate yg sopan,
 sebab dia tahu  setiap butir katanya  akan dihitung oleh allah nanti..kalau dia  berckp bende2 yang tak  elok..esok lusa anak anak  dia pon akan bercakap bende bende yang tak elok mcm tu..anak anak suke memerhati dan belajar dengan sangat cepat. menjauhi mengumpat dan mengata buruk pasal orang lain,sekalipun orang yang dia tak suka.elakkan menjerit jerit atau bercakap dengan suara yang sangat tinggi..apatah lagi ketawa dengan terbahak bahak sampai nampak anak tekak...



5.mnjaga pergaulan.dan sosial,
 bgaiman dia memilih kawan dan bagaimana dia bermuamalah dengan sahabat sahabtnya,tidak berkawan 
dengan kawan kawan yang boleh mengheretnya kelembah kehinaan..sama  ada kehinaan di mata manusia.. atau kehinaan di sisi allah.




6.mghormati yang tua dan  menyayangi yang muda.,
,.mnghormati semua orang ..agar orang lain juga menghormatinya..dan allah redha padanya.mempunya rasa belas kasihan dan kasih sayang yang sangat tinggi.. lagi lagi terhadap orang tua dan kanak kanak dan bayi bayi..."sesiapa yang tidak  menyayangi takkn disayangi"




7.tegas dengn pendirian yg benar,
jangan goyah..lebih lebih lagi  kalau ada yang  cuba mengancam atau cuba untuk mnganiaya..pandai mempertahankn diri dan maruah sebaik mungkin..



8.sabar,
 sbb dia tahu sabar ni amalan yang  tak ternilai..hanya allah yang  hitung..berbaloi untuk mnjadi pemberat mizan hasanat nanti..hmm.



9.tenang,
sbb dia tahu dia adalah anak,kakak dan  bakal isteri dan bakal ibu,peneman dan penyokong untuk suami dan  anak anak..dia  mesti bersikap tenang supaya bile keluarganya  ditimpa musibah..wajah dia je da mampu untuk melontar kate.."bertenanglah..sesungguhnye nikmat dan mudharat tu dr allah...dan tidak lah kite mnjadi seorang mu'min yg dicintaiNYA selagi kita tidak diuji."..so keluarga dia kembali ingat allah..dan bershukur sentiasa..





10.qana'ah,.
.cukup dengan apa yang ada.. bershukur dengan nikmat yang allah bagi..sikit atau banyak..tk kuat merungut dan berasa sentiasa tak cukup..~






sape sape yang rasa nak tambah boleh la tambah sendiri ea :) sekian terime kaseh..
semoga kite bole praktik sama sama oke? rakan rakan perempuan ku yang diluar sana. :)








p/s:post ni adalah post yang tersimpan dari tahun 2009.~
p/s:jangan lupa doakan rakyat rakyat syria :')


kbai,
wassalam.

No comments: