kita jarang bertentang mata,
yang aku juga tidak tahu mengapa,
seakan ada jurang antara kita,
namun,jurang tu ku invisiblekan saja,
tidak mahu ku luaskan rekahannya..
matamu yang redup dan sedikit sayu cuba menyembunyikan segala kepahitan,
segala kesengsaraan yang kau yakin di sembunyikan dengan baik,
tanpa kau tahu aku sentiasa merasai setiap kepedihan dan kesakitan yang kau rasai..,
kesakitanmu menyakitkan ku berganda ganda..
berhenti la menjauh,mendekat lah padaku..
luahkan lah padaku,telinga ini sesekali tidak akan penat mendengar ..
invisiblekan jurang itu seperti mana aku..
jangan takut takut untuk menghapiriku..aku terhina dengan kegugupan itu..
aku sentiasa ada di sini pada masa bila pon kau memerlukan ku..
kau cuba sembunyikan air mata tanpa mengetahui cubaanmu itu sama sekali tidak berjaya.
malah membunuhku dari dalam..
dahulunya kau tidak begini,
namun,keadaan yang berlipat tahun ini mebentuk kau menjadi seorang sosok baru yang hampir aku sendiri tidak mengenali,
iya,sering aja aku mendengar dan melihat mereka menyalahkan dirimu dalam segenap hal
hasil dari tindakan mu yang kadang kurang berasas..
dan mungkin kadang aku juga menyalahkan mu..,aku juga kadang tersinggung dengan lontaran kata
yang keluar dari bibir sosok mangsa keadaan ini..,
iya,aku memanggilmu mangsa keadaan,kerana kau sememangnya mangsa keadaan..
lupakah kami bahawa kau juga manusia biasa.. manusia yang kekuatannya sangat terbatas.
namun,
aku yakin sekali kau tidak pinta semuanya berakhir berakhir begini,
aku yakin kau pernah mengimpikan mimpi mimpi yang indah dan bukan mimpi ngeri seperti hakikatnya sekarang..
makin deras masa berlalu,makin parah keadaanmu,
sampai pernah hatiku seakan akan mendustakanku,bahawa kau tidak akan dapat dipulihkan lagi,
bahawa kau akan kekal dalam sosok mangsa keadaan yang 'koma' .
waliyazubillah min zalik...~
tapi aku tahu,aku punya tuhan yang maha agung,
yang tiada ape yang mustahil bagiNYA..
andai permintaanku yang paling mustahil di mata manusia..
tetap yang paling mudah pada kekuasaanNYA..
saban hari aku mendoakanmu,saban hari aku mengingati mu..
saban hari aku mengenangkan dirimu
tiap kali itu lah air mata ku menjadi tiada nilai harganya.
walau apa pun yang berlaku..
hanya allah yang maha tahu
bertapa aku menghargaimu di dalam hidupku,
hanya allah yang maha tahu bertapa aku sentiasa mahu yang terbaik buatmu..
hanya allah yang maha tahu bertapa aku menyayangi mu ..~
semoga allah mendengar doa tulus dari ku..
moga moga kau kembali ke sosok mu yang lama..
dan ketahui lah,apa jua keadaanmu selagi tidak menduakan kekasih agung ku,aku sentiasa akan menyayangi dan menyintaimu sepenuh jiwaku.. <3
p/s: ya..jelas kejiwangan yang melanda di situ. saya tujukan bait bait di atas pada seseorang yang saya memang yakin sejuta peratus tidak akan membacanya kecuali andai allah mahu dia membacanya..~
p/s:tak perlu nak buat latihan minda nak teka kepada siapa saya tujukan bait bait yg failed tatabahasanya ini oke....
oh!
kbai,wassalam
No comments:
Post a Comment