allah.. sebaknya hati saya bile pagi pagi bukak facebook da terpampang video video syria.. sedeh sangat sangat.. bergetar rasanya organ organ dalaman saya melihat mereka mereka itu diperlakukan di luar batasan pemikiran manusia.. allah..
tergamak mereka merka tentera bashar assad menyembelih penduduk syria sebegitu rupa dan menafikan hak kehidupan mereka?..membunuh cita cita dan harapan anak anak kecil dan ibu bapa... memusnahkan jasad mereka dan perasaan mereka dengan pelbagai jenis seksaan yang tak dapat difikir akal.. allah. sesungguhnya allah telah mencabut naluri rahmah dari hati hati mereka ini.. sedang sama binatang kite tak mampu untuk melakukan sekejam itu.. tapi mereka?.. allah.. hanya allah la yang memegang hati hati manusia dan hanya allah la yang memberi hidayah..
tak mampu saya tahan air mata yang mengalir deras dari jiwa seorang hamba yang buminya aman sejahtera tak pernah kenal erti kesengsaraan atau keseksaan menuntut kemerdekaan dan keadilan.. air mata yang jasadnya tidak pernah mengerti erti luka luka berat yang memedihkan.. jasad yang tidak pernah merasai kehancuran perasaan jiwa dan menntal... jasad yang masih mampu bergelak tawa melupakan sejenak kisah penderitaan saudara saudara muslim sendiri kerana bumi yang dipijak masih aman ...
hanya air mata yang tidak dapat dibendung dek jiwa yang lemah tu yang mampu saya rembeskan tatkala melihat kanak kanak 3 tahun ditembak matanya tembus ke belakang kepala dan terbaring senyap menahan roh berpisah dari jasadnya.. tatkala kanak kanak 5 tahun terburai kepalanya dibedil tentera bashar asad.. tatkala seorang ibu meraung dan merintih pabila bayinya kaku tak bernyawa..tatkala seorang ayah yang meraung memengang sisa tubuh anaknya yang diseksa yang tinggal kepala cuma..
allah... jiwa hamba yang jasadnya cuba untuk memahami kezaliman kezaliman yang di luar batasan ini yakin..bahawa engkau maha melihat segala apa yang berlaku.. engkau maha melihat segala apa yang terjadi di bumi bumi yang dienjak tapak tapak kaki hamba yang angkuh tidak sedarkan diri.dienjak oleh mereka mereka yang mendustakan kewujudanmu..
jiwa ini yakin engkau maha melihat dan maha mengetahui segala setiap sesuatu penderitaan dan setiap lintasan dan gangguan perasaan yang disakiti dan dizalimi..dan engkau punya rencana sendiri ya allah.. jiwa hamba yang lemah ini yakin dengan kekuasaanmu ya allah.. seperti janji mu dalam lampiran surat surat cintamu :
[أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ البَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللهِ قَرِيبٌ].
ya ..pertolongan allah itu sudah hampir..
cuma allah aturkan pada masa yang paling sesuai dan sesuai la dengan pahala bagi mereka mereka yang menempuhi ujian dari allah ini dengan hati yang sabar dan ikhlas menuntut redhaNYA...
wahai saudara saudara muslim di syria dan gaza.doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian.. ya benar kami tidak dapat menyumbang lebih dari itu..namun..lupakah kalian doa itu senjata mukmin?.. allah sentiasa bersama kalian.. semoga allah meneguhkan hati hati kalian dan mengikhlaskan niat niat kalian dalam menempuhi dugaan dunia yang fana ini..
mati syahid sanak saudaramu itu jauh lebih baik dari mati di negara negara aman kami ..mati syahid menuntut pembelaan tanah air jauh berkali ganda baik dari mati bunuh diri kerana putus cinta.. mati syahid mempertahankan maruah diri dan ahli keluarga jauh berjuta kali ganda baik dari mati berbunuhan sesama sendiri berebut harta pusaka..mati syahid ketika berlumba membaling batu mengenakan tentera lebih baik dari mati berlumba haram di jalanan..mati syahid anak anak kecil digempur ketika belajar al-quran dan menuntut ilmu agama lebih baik dari mati ketika bersesak sesak di konsert konsert yang melalaikan hati yang tidak mengingati allah ...
sungguh mati syahid yang ditaqdirkan di negaramu itu jauh lebih indah walaupun zahirnya memeritkan.. berbanding mati di negara aman dek kelalaian yang tidak menjanjikan ketenangan di alam sana yang kekal..
kite semua akan mati..hanya beza pada masa.. andai diberi pilihan.. tidak ada yang mahu mati dalam kesia siaan kepada allah dan dalam kemaksiatan dek alpa pada dunia...sudah pasti semua memilih syahid di jalanNYA..
ia ..jiwa yang jasadnya bertapak dan berteduh di bumi yang aman ini terlihat mudah sekali menutur kata.. mudah sekali mengkelasifikasikan itu ini.. ketahui la.. jari jari ini menggigil tatkala menuturkan kalimah kalimah di atas..malu ..dan sedih dengan diri sendiri yang sebenarnya tidak tahu untuk berbuat apa.. demi membantu kalian disana..allaaahh..~
ujian yang besar untuk mereka mereka yang berjiwa besar.. ~
semoga allah sentiasa bersama kite semua.. sama ada yang berperang dengan hawa nafsu dibumi yang aman..dan yang berperang dengan jasad dan fizikal di bumi yang ditindas kezaliman.. wallahul musta'an..
p/s:tidak dapat meneruskan penulisan..
p/s:saya memang bukan yg jenis bole haplod gambar2 berdarah. tegok je boleh.
kbai,
wassalam.
No comments:
Post a Comment