maaf allah kerana kadang ana gembira dengan nikmat,ana lupa pada allah,itu fitrah ana sebagai manusia yang sangat lemah,namun kala ana kesedihan,kala ana rasa tiada lagi tempat yang dapat ana pergi bagi mngurangkan sedih di hati,hanya allah yang ana temui sebagai jalan terakhir,kenapa ana menjadikan allah itu adalah jalan terakhir?..hinanya terasa diri ana,malu nya ana hendak memohon doa,namun ya allah,tiada lagi seindah2 tempat mengadu yang terlintas dibenak ana.. ana harap allah dengar rintihan hati ana,walaupun ana seorang hamba yang hina,hamba yang tiada apa2,hamba yang kurang sumbangannya..hamba yang kurang segala2 nya..
ana menjadi sedar bahawa segala apa yang berada di bumi dan dunia ini adalah kepunyaan allah,dan berada di bawah penguasaan allah tiap2 satunya,yang sepatutnya ana menjadikan allah pertama2nya tempat ana mengadu..kerana hanya allah yang menjadikan sesuatu itu terjadi,maaf allah..semoga allah sentiasa dekat dengan ana, di dalam hati ana, disebalik basahnya lidah ana..menyebut nama2 allah yang mulia..moga allah menjadikan ana,hamba yang sentiasa mngejar cintaNYA..melebihi cinta makhluqNYA..
ana sepatutnya sedar dan sentiasa sedar bahawa allah itu yang memegang hati manusia dan sedar bahawa allah itu maha mendengar setiap doa dari hamba2 yg yakin denganNYA.
semoga allah mengurniakan ketenangan dalam hati ana ,dengan sentiasa berada dekat dengan ana dan mengalu2 kan ana untuk berada dekat denganNYA.. semoga allah menerima amalan2 ana..semoga allah membimbing ana untuk sentiasa berada di jalanNYA.. semoga allah cintakan ana,kerana ana sangat berusaha untuk mencintai allah dengan sebenar2 cinta,bukan hanya kata2..amiin~
No comments:
Post a Comment