2012-06-24

pengalaman ini anugerah Allah.

bismillah..

hoho.. ade je yang perasan rupanya kalau belog saya ni penoh habuk.. woo tak kisah la.. yang penting saya ade story penting yang nak dinukilkan dalam belog ini untuk menjadi kenang kenangan di masa tua. hehe..

saya menaip ni pada pukul 11.32 malam 24/6/2012.. baru balik dari medan Tahrir pada pukul lebih kurang 9.30 tadi,waaa.. penat tu sudah semastinya tak habis lagi.dengan adengan adengan teragis yang menimpa diri ini dan kengkawan..sudah pasti lelahnya boleh diqodho' dengan tidur ternganga lagi berdengkur.oh!anak dara mithali tidak begini ea..

ape pon.saya memang sangat penat,ape lagi untuk duduk bertegak belakang menaip sensorang tatkala sakinah dan amani telah lama bagi can kat mata untuk beradu.. saya nak menaip dengan mood Medan Tahrir tu masih tersisa di anggota anggota badan dan sendi sendi ini..

oke..semua sedia maklum hari ni hari pengumuman keputusan pilihanraya mesir yang dilaksanakan dua pusingan selepas 30 tahun berpresidenkan pak cik Husni Mubarak.so.saya dan ahli bayt tersangat sangat la bersemangat nan berkobar kobar untuk turut sama turun ke Medan Tahrir untuk menyertai perhimpunan aman menanti keputusan bersama sama di dataran..

pada mulanya saya merancang untuk turun pada pukul lima petang..namun cikgu  mesir saya tu cakap kalau turun lambat,transport susah nak dapat ,dan berpeluang tipis untuk duduk berdiri dekat dengan pentas.o men! time tu saya kelam kabut ajak si Amani untuk teman saya turun ke Tahrir time tu jugak.. kire saya pergi awal la..dalam pkul 1 tengah hari gitu.. masa tu matahari ade parti agaknya kat atas langit..menari nari bahagia dan meloloskan bahang yang extravagansa punya hot! walaweh.subhanallah.. panas benau.. summer la katekan..~

tapi saya dan Amani tetap bertahan untuk turun,tanpa saya ketahui ..kawan kawan saya yang lain pon turun lepas saya turun.. wow!..cuma kami terpisah tempat la.

mula mula datang tu,da macam sesat dalam hutan gamaknya.. tak tahu nak pegi mana.. orang lelaki ramai..jadi cam segan segan kuching puler untuk kelihatan terlampau seronot..kami jalan jalan perlahan lahan banci banci sekeliling. ade yang pegang bendera..ade yang pegang sepanduk ade yang bawak anak atas kepala,ada yang cat muka kaki dan tangan. eh! macam macam la..~

tetibe saya bertemu dengan akhawat akhawat ikhwan muslimin yang saya kenali.. waaaweee terbaik la.. kalau tak diorang tu tidak mahu mebenarkan saya dan Amani masok.lepas tu kami pon lolos masuk la.. ape lagi ..sibuk la nak snap snap gambar ala ala pemilik 'diseler' (read: DSLR) padahal camera pink samsung yang model lama tu je. ngahahaha.. tak kisah la.. janji bole kua gambar kan,~

habis manusia saya snap.. orang orang mesir semacam heran.. memandang saya ni macam makhluq asing yang tetibe muchol..segan saya diperlakukan sebegitu rupe *eh kenapa dramtis sangat ayat ni?

sebab tak ramai pon student malaysia yang turun Tahrir.nak pulak perhimpunan tu perhimpunan pilihanraya..yang orang malaysia nak semangat semangat mehampau hampau tu kenapa?.. eh suke hati saya la kan.. saya semangat ni nak Dr.Muris menang! :)

saya teruskan juga perjalanan kami walaupun mereka bagi pandangan yang menusuk kalbu..ade tu suka sangat..happy sangat kami datang nak sokong Dr.Mursi..~ siap ahlan ahlan lagi..ade tu buat muka tertanya tanya tak mau tanya je. hehe saya tak kisah lansung.

sekejap tu ade orang offer nak lukis bendera egypt dekat tangan atau pipi.. saya kasi tangan je la.. hahah bangga kemain..~ segenih saja..





makin lama..makin ramai manusia yang hadir.. kami masih tak tahu nak stay kat mana. medan itu luas kak.
tetibe ade seorang akhawat ikhwan muslimin mesir  ni memegang tangan saya seraya mengajak saya untuk menembosi manusia manusia yang sangat ramai yang mejoritinya lelaki la.ade je perempuan cuma tak ramai..
alhmdulillah senang urusan saya..

saya sememangnya segan segan ayam goreng nak menembosi masuk ke kawsan ramai orang lelaki.setelah berkanalan sedikit sebanyak ,cik akak yang bernama zahra' tadi tu mengheret tangan saya dengan di'lead' oleh tunang nya untuk pergi berdiri depan pentas..depan pentas tuuuu..

tak la depan sangat..tapi puas hati la..~ alhamdulillah.

lama la punya tunggu keputusan.. kepala sudah mau terbakar.. kaki pon macam nak melecet,tangan dah burn macam ape,baju da dibasahi peluh peluh yang tak nak kalah dengan air semburan yang disembur secara lembut ke arah para penghimpun yang kelihatan agak agak dehydrated.saya yang tak tinggi mana ni terjungkit jungkit nak snap gambar..alhmdulillah oke je.walaupun saya nampak sengih sengih kecik yang terukir bila saya terjungkit jungkit..~

dari mula mereka mereka ni melaungkan selogan selongan mewakili nahdhah dan Dr.mursi sendiri.. encik encik yang ditugaskan kat atas pentas bertukar tukar microphone untuk melaungkan kata kata yang diiikuti dengan gemuruh oleh para penghimpun.. waaa gemuruh jiwa semangat membara la kata Faizal Tahir..sampai sakit sakit tekak..sampai merah merah muka diorang ni..anak anak muda tau..semangat betul.hebat diorang diorang ni..



matahari makin seronot berparti.hehe panas betow.ramai yang passing passing air sejuk yang berais yang dibawa dari rumah.. ade beberape pak cik bertugas yang ditugaskan untuk menyembur air menggunakan penyembur baja.ape??? penyembur baja? ea..penyembur baja.. tapi bersih la.. dia guna yang baru kot..dia bergerak menembosi keramaian orang dan menyembur ke muka masing masing..Allah yubarik fikum pak cik pakcik yang mulia..sejuk sikit rase.~

orang ramai berasak asak semacam dah tak ade tempat lagi nak pijak kaki.. habis segala jenis tiang yang ada didataran dipanjatnya mereka.. ni la kelebihan orang mesir.. wawee.. habis tiang..tiang signboard.tiang metro..tiang lampu,tiang pintu gerbang,tiang eletrik dan sbg.mashaallah.



the best pic .~


setelah itu..diteruskan lagi dengan laungan laungan selogan dan nashid nashid pembangkit semangat guna microphone dan stereo stereo yang ada.pelaung pelaung pulak melaung dengan penuh semangat sampai ade yang menangis nangis. walaweh..oswem laa..~

sepatutnya pkol tiga keputusan ..tapi tak kua kua keputusannya..kami diarahkan untuk solat asar dimedan. pergh.. first time tu praktik solat berdiri beramai ramai.. macam solat jenazah pon ade.. tapi alhamdulilah pengalaman yang sangat sangat menerujakan..

dipendekkan cerite,keputusan nak diumumkan selepas khutbah atau muqaddimah pemberita mengulas hasil hasil undian yang memakan masa sangat lama.. cukup untuk mendebarkan hati seluruh manusia yang ade dipelosok Medan Tahrir tu..~ namun semua para penghimpun dinasihatkan kan untuk bersabar dan berzikir dan banyak mengingati Allah dan perbanyakkan doa memohon Allah bagi yang terbaik.

lepas beberape ketika..saya dah berpegangan tangan dengan cik akak Zahra' yang bawak saya kedepan,masing masing sibuk berdoa dengan bahasa masing masing.. ngehehe..nervous youuu..~lepas tu,radio mengumumkan kemenangan Dr.Mursi selepas nak dekat sejam membebel pasal huraian undian setiap muhafazah.

detik detik kemenangan Dr.Mursi diumumkan,seluruh warga Medan Tahrir bersorak keharuan dan kegembiraan menggegarkan seluruh ceruk Medan Tahrir,sebahagiam mereka segera bersujud shukur sambil berlinang air mata.,kebanyakannya menangis kegembiraan,ade yang berpelukan sambil menangis..ade yang menjulang sahabat sahabat di atas bahu dan melaungkan takbir..ade yang bersorak mengulang slogan nahdah Dr.Mursi "quwwah,azimah,iman"..



oh sebak betul dada.. keharuan betul terasa.. saya tak sedar bila saya menangis dan berpelukan dengan si cik akak Zahra'..berulang kali mereka mengucapkan 'alfu mabruk..' kepada sesama mereka.ade jugak muka muka orang mesir yang keheranan menengokkan sorang budak melayu yang menagis dah mengalahkan orang mesir.. cet! da la diorang ingat saya ni student thailand.tensi tau..tak pe tak pe.. bukan selalu..bukan setahun sekali macam hari raya puasa tu ..30 tahun sekali. hehe

ramai juga yang bertanya.."awak dari malaysia.. awak buat ape kat sini"..dengan tersengih sengih yang tak berapa dapat dikesan..saya cakap je la nak tengok dan dengar dan sambut kemenangan Dr.Mursi.diorang punya la bangga dan gumbira bila saya cakap macam tu..saya tumpang gembira.

jelas kelihatan kegembiraan kat muka masing masing,subhaaanallah..~

mereka bernashid dan bertepuk tepuk tangan kegembiraan..saya tak terkecuali. hahaha..best tau.. rasa semangat  tetibe..~

Allah.. alhamdulillah sangat sangat..Allah memilih diri ini untuk kembali ke bumi thaurah ini.. sangat indah susunan Allah.. waaa terharu saya..~

hmm secara keseluruhannya tu je la cerita ceritinya..saya cuba sinopsiskan sesinopsis nopsisnya..~*ape ayat ni?sambil skip cerita pasal hempon saya kene curi,cerite kene pegang pegang tak tentu pasal,cerita dahaga air selama 5 jam bawah matahari,cerita baby baby comel dan cerita dapat kawan kawan baru. hehehe.. nanti nanti aje saya story story..*kalau saya rajen la.

subhanallah..saya dilahirkan di tanah ni  21 tahun setengah yang lampau dan saya rasa sangat berbesar hati bila Allah memilih saya untuk turut hadir pada thaurah bumi mesir ni.. i'm saying this..


I JUST LOVE THIS LAND SO MUCH :)

semoga Allah aturkan perancangan perancangan baik untuk masa depan mesir dan tak lupa juga kepada negara negara yang punya masalah yang hampir sama dan negara negara islam yang sedang celaru ..~ prayers for all.. lebih lebih lagi syria dan palestine dan myanmar dan lain lain.





.*sorry la..saya ni teruk sikit baba bab buat khulasoh ni.. pandai pandai la ea.. :)




p/s:sorry..ni cerite tentang pengalaman saya saje..sotak der la nak ilmiah sangat macam belog orang lain.enjoy!
p/s:saya beli satu baju ade gambar Dr.Mursi
p/s:saya agak sedeh sebab first time seumur hidup,tepon saya kene curi.takut abah marah,*sorry,tk sengaja.
p/s:loading gambar bersangatan lembabnya.. kalau naktengok lagi bukak kat fesbuk saya la eah.~ belambak.gambar same jugak pon.
p/s:yang tensionnya..saya tak hengat lansung nak snap gambar saya kat tahrir,, oh!bukti terhapus.





2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah ikhwan menang juga akhirnya.. Kita bila lg ea kak lah?

Ban said...

hahahhahaha ; 0