2012-06-12

thanks pak cik sameon..

bismillah..

hmm.. tadi kan.. saya keluar bilik mandi,kak nadirah emosinya dah macam hilang anak bila nampak air bertakung depan pintu rumah.. adoyaii..pak cik depan basuh lantai la tu..typical rumah kat mesir ni tak ade penghadang ..lantai rumah kita bersambung terus je dengan lantai luar..bila pak cik sameon(jiran depan)  #bukan nama sebenar, basuh lantai dengan tidak berhati hati..

maka dengan teori air sebagai cecair mengalir yang memenuhi ruang bersama graviti bumi ke arah yang ber aras lebih rendah..makanya air basuhan yang kotor dan bersabun murahan mengalir laju masuk ke dalam rumah kami,dan bersatu dengan air peti yang menitik tak hengat dunia gara gara kegagalan berfungsi.wuh!

maka umah kami banjir seketika.habis tempat letak kasut dipenuhi air bersabun,hampir saya tergelincir..badan saya yang mula mula tadi sejuk se usai mandi menjadi panas.. geramnyaaaa! jantung saya masa tu berdegup degan degupan yang pantas macam jantung pelari sukan sea. nak mengamuk gaya the hulk pon ade.. pak ciiiiiiiikkkkk!!!..

tk lama kemudian saya terdiam sendiri..~

rasa nak menangis..sedang satu masa dahulu.. Rasulullah s.a.w kekasih Allah disakiti jiran dengan sengaja.baginda sendiri tahu bahawa jirannya itu sengaja meletakkan duri..sengaja meletakkan najis..setiap hari segaja mengotorkan dan menyakiti baginda.namun baginda dengan telus memaafkan malah menziarahi jirannya itu tika dia ditimpa penyakit,..dan... tidak marah sedikit pon... T^T

inikan saya yang tahu pak cik tu tak sengaja dan mungkin hanya tidak berhati hati termasukkan air basuhan ke dalam rumah saya.. dah nak melatah sana sini?. alangkah tak sabarnya hati saya yang mengaku mencintai nabi Muhammad s.a.w yang mulia..

shame on ya!


Allaaah..tingginya akhlaq nabi Muhammad s.a.w,... dengan hati yang berkarat jahiliyyah ni.. bukan mudah mudah untuk kite mencontohi akhlaq akhlaq mahmudah ni..

semoga Allah mengampunkan saya dan membersihkan hati saya dari noda dan dosa supaya akhlaq akhlaq yang baik mudah dipraktikkan oleh jasad hamba akhir zaman ni.. ~


p/s: wooo tk pe la.. bukan tk boleh lap pon air tu..~semoga saya sabar ..

SAYA SAYANG RASULULLAH.HE IS MY HERO.


3 comments:

Anonymous said...

thanks! please update more!

Anonymous said...

Sama2 makcik duta surga..

duta surga said...

(0_o) thanks untuk ape tu? hehe

mak cik ? erk?! dik la.ahaks!

#lari