2012-01-12

somehow.. life must go on.

salam..

dalam perjalanan hidup ni..nampak macam satu roll filem yang diputarkan..bermula kite lahir.. dan membesar dan terus membesar..dan yakin la bahawa satu masa nanti..film roll tu takkn dibiarkan dalam store film2 lama..tpi akan diputarkan kembali menjadi tayangan perdana...~

di dunia ni..penat ke...sedeh ke... marah ke. ..kecewa ke...tension ke.. masa tu tetap berjalan dan tak tunggu kite.. hidup tetap perlu diteruskan..



seorang perempuan yang dirogol.. dia telah dirogol..sedeh..derita,hancur perasaannya, gelisah jiwanya.. baginya tiada lagi masa depan yg cerah, sakit hatinya,belum cukup dengan itu,menahan dan menadah telinga manusia yang mengata.. kite bersimpati..tapi tetap sekali kali kite takkn dapat menyelami perasaan dia.. dan dia..tetap juga perlu meneruskan hidup dia yang tersisa dengan kekuatan yang tersisa..

seorang ibu,yang melahirkan seorang anak..dibesarkan dengan penuh kasih sayang..dididik penuh hikmah..namun allah uji dengan anak itu menjadi derhaka dan tidak mendengar kata..anak tu melakukan segala jenis kemaksiatan dan kedurjanaan..ibu menahan air mata..ibu menanggung malu,ibu cuba bertahan dengan hati yang retak menunggu belah.. dan tetap..manusia sekeliling bijak berkata2 dan bijak menghukum..

seorang suami  yang menikahi seorang perempuan ..yang dia juga tak tahu perbolak balikan hati manusia.isteri itu melakukan maksiat dibelakangnya ..dan menjadi fitnah baginya.. tiada manusia yang tahu bertapa berlembut dan himah suami ni menasihati..dan setiap malam di hiasi tangis,doa dan rintihan si suami memohon allah kembalikan isterinya ke pangkal jalan.. dan manusia tetap setia menghukum tanpa bukti..

seorang pelajar,kadang kadang kesuntukan duit..dia buat macam macam untuk dapat kan duit..berpenat lelah tk ingat dunia.. kemudian hasil penat lelahnya dikhianati,tidak mampu nak bayar perbelanjaan sangat kesuntukan.. terpaksa berlapar..berpuasa untuk kembali memulakan semuanya dri mula..manusia hanya melihat dan memberi pendapat tk kurang juga yang coba membantu..

setiap manusia dengan masalah mereka yang tersendiri.. pelbagai jenis permasalahan..pelbagai jenis kekecewaan..pelbagai jenis kesedihan.. dan pelbagai jenis penderitaan..

yang semua nya allah tu maha tahu dengan setiap satu nya.. dan bukan la dijadikan ujian dan bala  ke atas seseorang tu sia sia. allah tahu masalah2 yang menimpa..setiap satunya.. dan allah maha mendengar setiap satu doa dan rintihan hamba2 nya.. yakin itu perlu untuk merasai kehadiran allah dalam setiap langkah kite..

bukan standard allah untuk menjadikan dan menciptakan sesuatu itu sia sia.. ~


p/s:bile ade problemos..ingat la bahawa orang lain pon ade masalah..jagn ashik nak bunuh diri je..~
p/s: sorry entry cam tacing plak.

No comments: