2010-12-29

hari ni rahmat allah datang..

assalamualaikum..
 mesir,pagi,winter,16 deg-hujan renyai2

gambar ni tk de kaitan dengan ana..

alhamdulillah,hari ni ana masih diberi peluang untuk mencelikkan mata dan menghirup udara segar yang allah berikan dengan percuma..ana dikejutkan dengan sorakan riang teman2 dari ruang tamu..salah satu dari mereka menarik tangan ana..dengan dialog

"lah! hari  ni hujan.."

mungkin sangat faham bertapa ana rindukan hujan di malaysia..atau kami semua saling merindukan hujan..

 dimesir mungkin hanya sekali setahun hujan akan turun atau dua tiga kali.. tidak pasti,namun tk sekerap hujan yang turun di malaysia..ana sangat mencintai air dan angin..jadi,turunnya hujan seperti satu rahmat,sangat menenangkan walaupun menggigil kesejukan.. kata kakak2 senior,turunnya hujan menandakan suhu kesejukan akan bertambah,itu cukup mngerikan ana sebenarnya..

hujan yg turun juga tidak selebat hujan di malaysia..hanya beberapa saat,dan mungkin gerimis sahaja..yang hendak mengambil photoshoot hujan,mungkin akan berasa sedikit kecewa kerana setitik hujan pun tidak terkesan di dalam scrin.. hmm ape pon,ana mungkin berharap gambaran itu kekal di dalam minda ana..oooh skemanya..

maha besar Allah menjadikan cuaca tersangat sejuk ,di mana kesejukan itu tidak dapat di gambarkan andai kata kita mnceritakan kisah sejuk ini kepadakeluarga di malaysia..sejuknya mengalahkan air conditioner,atau pun peti ais..terlalu sejuk,

bagi ana,kesejukan ini mampu menghalang niat perompak untuk merompak,atau orang yang sedang mengamuk untuk cool down..mashaallah,maha hebat allah menciptakan cuaca di dunia ini.. ana sangat menyintai kesejukan,tetapi tidak terlalu kuat untuk menahan penangannya,semoga allah memberi kekuatan untuk terus bertahan..,

(karangan bertajuk hujan..)

No comments: