2014-02-11

biar lambat cuma jangan lambat sangat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Perlahan-perlahan berjalan, 
perlahan-perlahan mendaki,

kadang tersepak batu,
kadang terkehel kaki,

berhenti rehat sebentar andai lelah,
berhenti hirup udara segar,

teruskan perjalanan,
perlahan-perlahan berjalan,
perlahan-perlahan mendaki,

jangan iri, jangan dengki,
semua punya rezeki sendiri,

perlahan-perlahan berjalan,
perlahan-perlahan mendaki,

kerana Allah melihat usaha,
tidak sesekali mendesak kau buahkan hasilnya.

---------------------

buat yang baru belajar 'mendaki gunung',
take your time,
ea tak semudah berlari di jalan rata.

-----

Ibrah mendaki gunung Sinai.