2011-10-29

I.S.L.A.M

salam..

saya nak share ni.. yang saya dapata minggu lepas dengan ustaz saya.. dia bercakap tentang islam  atau pandangan kite terhadap islam secara menyeluruh..macm org yang berdiri atas bukit yang tinggi amat,dapat tengok semua tempat dari atas.. begitu juga kite..tengok islam dalam bentuk peta..so,nampak semua la kan..
(tk thu org phm ke tak ayat saya yang tinggi ni) tapi saya share sikit je sebb saya balik awal ..ade hal..ehehe.

i can see the whole world from here!



1. maksud islam 

dari segi bahasa nya.. islam --->sin - lam -mim..(س - ل - م )..maksud yang terbahagi kepada tiga ..

1.as salamah :kesejahteraan/selamat..selamat dari melakukan perkara2 yang salah..selamat dari keburukan2 dan perkara2 tercela..

2.al-amn :keamanan.aman dari azab allah yang datg dari perbuatan yang dimurkai.

3.al-istislam :penyerahan yang menyukuruh kepada pencipta yang satu dan yang hanya layak disembah.iaitu allah s.w.t

2.kandungan islam -->yang datang dalam al-quran

alquran mengandungi 4 element penting yang bila dikumpulkan..jadi la ia isi2 kandungan agama islam yang kite anuti ni..ape dia? :

1.aqidah
2.ibadah
3.akhlaq
4.muamalat.

untuk menyempurnakan islam kita..hendakla kite dalam keadaan sentiasa menyempurnakan aqidah,ibadah.akhlaq dan muamalah kite..oke?..

aqidah yang tepat..contohnya..mengesakan allah dan tahu sifat2 allah ..beriman dengan semua tu dan tk menshirikkan allah la pendek katanya..

ibadah yang betul..sebab tu kene belajar al-quran dan hadith ..supaya dpat tahu macam mana nak mengerjakan ibadah dengan betul la dan yakin.. ni tk..pakai ikut2 orang aje.. kalau tanya,entah betul entah salah..orang zaman sekrang tak mau belaja ni ilmu akhirat segala bagai.. nnt org kate sekolah pondok plak.. (orang barat /kafir betul2 berjaya merosakkan pemikiran kite) oke.. bukan tu yang nk dibincang di sini..



akhlaq yang baik.mengikut susunan dan acuan islam.. islam agama yang indah..so kalau kite ikut betul2 mcm yang allah suruh.. memang kite akn berjayya memupuk akhlaq yang mulia dalam diri kite..islam ajar kite bermaaf maafan..islam ajar kite meminta izin nak masuk rumah orang,makan tanagn kanan,baca doa seblum n selepas buat sesuatu,membantu orang,tk bermasam muka. dan baaanyak lagi akhlaq2 mulia yang islam ajar..pikir sendiri la kan..



muamalat pulak tentang urusan2 kite seharian dengan manusia2 lain atas muka bumi ni.. seperti urusan jual beli kte.. ape2 je la urusan yang melibatkan pengesahan dua pihak.. jual beli..hutang piutang..sharikat..saham..untung rugi..dan macam2 lagi..semua kene jalankan dengan mengikut acuan al-quran.. baru la tak der tindas menindas atau sebarang kezaliman..

waaa.. cukup lengkap islam ni ea..

3.keistimewaan islam


1.rabbani :islam ni bersifat rabbani iaitu agama islam ni agama yang datang dari allah tuhan sekalian alam..bukan ciptaan atau rekaan dari manusia. (ان الدين عند الله الإسلام)

2.shumul :menyeluruh..da disceitekan di atas.

3.alami :universal..bukan untuk orang melayu aje..bukan untuk orang india aje.. bukan untuk org arab aje.. oke?.. islam untuk semua.. (وما ارسلناك الا رحمة للعلمين)..

4.wasatiah :tidak terlalu shadid (tegas) dan tidak terlalu longgar..islam tu agama pertengahan.. dimana disana ada kelonggaran untuk certain hal dan ade penegasan untuk certain hal..

5.tetap dan flexible. :(saya paham mcm ni.. tk tahu nak explain macm mne dalam bahasa melayu yang tepat.)
  1.tetap (thawabit) perkara2 yang takkan bole diubah sampai hari kiamat pon..sepertti hukum hakam solat .puasa zakat ..haji dan sbgainya,,
  2.flexible (murunah ) perkara2 yang bole berubah2 mengikut zaman tapi masih dalam landasan islam dan syarak.. (tak ingat contoh )


(هنك المتغير في الإسلام بشرط لا يتعارض بالثوابت)
ade  perubahan2 dalam islamdengan sharat tidak bercanggah dengan yang tetap (thawabit)

6.kemaslihatan untuk setiap zaman dan tempat.
islam agama aqli dan insani..<--ape tu..

aqli:agama yang logik.. logik la..suruhan2 yang masuk akal.. solat ..haji ..zakat.. semua tu dalam bidang kuasa manusia.. tk der yang manusia rase tak logik dan tak leh buat.. kan?. kan?..kan?..

insani :agama yang sesuai dengan tabiat insan la.. tabiat kite manusia ni.

contohnya ape?.. islam menggalakkan perkahwinan sebb fitrah manusia dan berpasanagn mencintai dan dicintai..islam suruh puasa dan suruh berbuka..sbb fitrah manusia ni kene makan minum,. islam suruh tidur dan bangkit di tengah malam..bukn beribadah tak tidur2..dan macm2 lagi la..

kan kalau agama christian..rahib2 dia tak leh kawen.. bukn ke agama dia mengarahkan sesuatu yang melanggar fitrah insani?..hang tak betoi ka?.. last2 rahib2 lelaki perempuan berzina dalam church ..sebb tak tahan la kan.. anak2 luar nikah buang belakang church elok2 aje..

sebb tu la agama islam dikatakan agama yang insani.. bersesuaian dengan tabiat manusia.


(قد يأتي الإسلام شئ لا يستطيع العقل ان يدركه لكنه لا يأتي شئ مستحيل عقلا)
islam ade datang dengan bende2 yang akal tak boleh nak capai. (seperti alam ghaib) tetapi islam tak datang dengan bende2 yang tak logik /tak masuk akal..


dan sampai situ je la yang saya boleh share.. pon da meleret2 ..ade hikmah la tu allah bagi saya hal suruh keluar..kalau tak..mesti lagi panjang meleret2 saya tulis.. tak der sape nak amek istifadah ehehe :)

semoga kite semua sentiasa menjadi hamba allah yang dahagakan ilmu sampai bile2..dengan ilmu kite beramal.. ~wallahu a'lam..



p/s:kalau ade nada2yang semacam membebel tu.. semua tu dari kelemahan huraian saya.. bukan dari ustaz saya,, hehe maaf..

No comments: