2013-04-28

pet.

bismillah.

you know what .. i really  really want to have a pet..
i want a pet so bad! any body give me a pet..
not a pet on my head you silly. argh..

if i ever have a pet.
i will name it muffin.

okay. thats all for today.

i wonder if i can have a..
cat.. kitten...chameleon.. rabbit. hamster.. or what ever as long as they are cute enough to impress me..
but if there are cuter then me. i wont have it. hahahaha

jokes!

but still i wanna pet!

2013-04-26

game lumba kereta.

bismillah.

siap kemas kemas tempat tidur.. kebas kebas sikit. ikut sunnah la katakan.. kene kebas tiga kali tempat tidur supaya kulit mati yang semalam tu terbuang dari tilam.. so that kalau kita baring kite tak dapat penyakit akibat kulit mati itu.

korang tahu tak bila kite tidur..kulit mati akan berguguran dari badan kita dan jatuh dalam urat2 benang tilam kita.. dan sebelum tidur.. dia hanya akan tertanggal dengan 3 kibasan .. hebat kemain sunnah nabi ni.. kulit mati ni perlu dikebas kerana ia akan menghasilan penyakit kulit kalau kembali semula ke kulit kita.

hmm,gigi da gosok,. muka dah basuh . wudhuk tak ingat nak ambik.. fine..janji! malam ni je. ceh.. janji ngan diri sendiri berjuat juta kali aku mungkiri dengan senang hati dan tak rasa munafik sama sekali.

fine..kinah dah pon tutup lampu dan berbaring sebelah saya dan senang sekali malam tu dia tidur.. biasanya susah betul,siap nak tuka tuka tempat tidur. hmmphh..

biarkan kinah tidur lena malam ni.. tiba tiba mata saya tak boleh tutup.. tak mau tidur dia ea.. tadi nak belek quran  nak murajaah an-nisa bukan main lagi dia buat buat mengantuk.. saya manjakan dia,oke la kite tidur..

dah sedap sedap baring gelap gelap.. eh eh .. tanak tidur pulak dia.. hmm tak pa.. saya capai hempon yang tersadai kat kanan atas bantal. yes.. dapat line dalam bilik.. saya pon saja je la try2 nak donlod game..
ingatkan loading slow.. emphh laju bole tahan..

so saya teruskan rancangan yang bermoral tu dengan rasa sedikit serbe salah sebab jam da menunjukkan pukul 9.06 malam. kene tidur awal sebab subuh pukul 3.45 pagi .. tapi saya teruskan juga sebab da pon tertekan button install.

wah.. gelap gelap macam ni . mata saya slow sikit ..tapi saya tajamkan juga demi sebuah game yang saya rasa macam mantap meletup.. car race.. oh!



oke... 99% yes! dah siap.. installed. wow.. car race ni macam best extreme.. tanpa segan silu atau merasa seperti pengkhianat negara.. saya mule main game dengan volume tertinggi 10.kedengaran bunyi enjin kereta skreeeeeeettt.. skreeeeettttt.... weooooooo skreeeett!.. hmm



tak kisah lansung aflah dan kinah yang sedang tidur.. sebab saya yakin derang bukan dengar pon..saya main. arghh! ashik kalah saja. ni yang bosan ni. tidur la macam ni..

saya rasa sangat tersinggung dengan game tersebut yang tak bagi chance lansung kat saya tengah tengah malam yang sunyi macam ni.. . ces!

saya gelapkan phone dan baring semula..

terus mata saya yang da tak tahan silau tadi tertutup dan terus tertidur tanpa baca doa apatah lagi 3 qul dan ayat kursi.. arghh..tu penangan lagha sebelum tidur.

alhamdulillah allah kasik jugak bangun solat subuh.penyayang betul la allah ni.. saya tidur tak baca doa pon allah masih jugak kasi saya solat subuh dan betaubat semula.

ah! ni yang sayang allah extra extra sokmo ni.. nak mengalir ayer mata saya keharuan... dapat jumpa ke kekasih macam ni zaman sekarang.. baling batu dibalas buah.. ah! nangis la lagi banyak banyak.. terharu.

pintu taubat tu allah bukak seluas luasnya tak pernah bosan sampai kita yang bosan buak maksiat.

allah.. andai aku terpesong dari jalanmu.. kau kembalikan aku ke jalanmu dengan pengembalian yang baik..

I love you sokmo sokmo.~

2013-04-09

copy paste.


sorry la.. terpaksa paste kat sini..sebab urgent. tak tahu nak letak mana dulu,..~ade2 masa baca la.. best article pendek ni.


ماذا يحدث لوالديك عند زيارة قبرهما ؟

*************************

يقول الشيخ محمد الشنقيطي
الله يرحم جميع موتانا وموتى المسلمين.

... ابكتني حاجه اهل القبور لنا فتأثرت واحببت أن يعلمها الجميع ..

حكى عثمان بن سواد وكانت أُمه مـن العابدات ،
قال : لما احتضرت رفعت رأسها إلى السماء ،
وقالت: يا ذخرى و يا ذخيرتي
و من عليه اعتمادي في حياتي وبعد مماتي
لا تخذلني عند الموت ولا توحشني في قبري
قال : فماتت
فكنت آتيها كل جمعة وأدعو لها واستغفر لها ولأهل القبور ، فرأيتها ليلة في منامي
فقلت لها : يا أماه ، كيف أنت ؟
قالت : يا بنى ، ‍‍‍إن الموت لكرب شديد
وأنا بحمد الله في برزخ محمود
يفترش فيه الريحان
ويتوسد فيه السندس والإستبرق إلى يوم النشور
فقلت : ألك حاجة ؟
قالت : نعم ، لا تدع ما كنت تصنع من زيارتنا
فإني لأُسرّ بمجيئك يوم الجمعة إذا أقبلت من أهلك
فيقال لي : هذا ابنك قد أقبل
فأُسر ويُسر بذلك من حولي من الأموات .

قال بشار بن غالب : رأيت رابعة في منامى
وكنت كثير الدعاء لها
فقالت لي : يا بشار
هداياك تأتينا على أطباق من نور
مخمرة بمناديل الحرير

قلت : وكيف ذلك ؟
قالت : هكذا دعاء الأحياء إذا دعوا للموتى واستجيب لهم جُعِل ذلك الدعاء على أطباق النور وخُمِرَ بمناديل الحرير ثم أُتِىَ به إلى الذي دُعِي له من الموتى
فقيل له : هذه هدية فلان إليك.

[ من كتاب الروح لإبن القيم ]

•
هم أموات و لكن أرواحهم تنتظر منا
أبسط الدعوات ليفرحوا بها

وأنت تعيد إرسال هذه الرسالة احتسب :

١- الأجر العظيم في إدخال الفرح على موتى المسلمين إن شاء الله .
٢- أن تفرح أنت بدعوات الناس لك بعد وفاتك .
دقائق من فضلك
لا ننسى مـــوتانا من الدعاء ،

رددو وكررو..
{اللهم امطر على قبورهم من سحائب رحمتك}
{اللهم امطر على قبورهم من سحائب رحمتك}
{اللهم اجعل قبورهم روضه من رياض جنتك}

يأرب اجعل أيديهم تقطف من ثمار جنتك
اذا دعيت للميت دخل عليه
الملك ومعه طبق من نووور
فيقول هذه هديه لك من اخيك فلان
من ابنك فلان من قريبك فلان
فيفررررررررح بهاااا

افرحوووووهم

دعوووه لكل متوفي
ومتوفيه لأنهم انقطعو عن هذه الدنيا وينتظرو دعواتنا

يارحمّن ياأرحمّ الراحمّين ياواّحد ياأحّد يافرّد ياصمدّ ياجباّر نسأّلك بكّل اسمّ هوّ لّك سميّت بّه نفسّك أوّ أنزلتّه فيّ كتابّك أوّ أوحيّت بّه رسّلك اّن تنزّل علىّ قبورهم الضيّاء والنوّر والفسّحة والسرّور
اللهّم جازهم بالحسنّات إحسانّا وبالسيّئات عفّوا وغفّرأَنٌــآ
حتّى يكونوا فيّ بطوّن الألحاّد مطمئّنين
يارّب أجبّر كسّر قلوبّنا علّى فراقّهم..
ياربّ أجبّر كسّر قلوبّنا علّى فراقّهم..
يارّب أجبّر كسّر قلوبّنا علّى فراقّهم..
ولاتجّعل آخّر عهّدنا بهم فّي الدنيّا.. وابنّي لنّا ولهم بيوّتا فّي جنّة الفردوس .واكرمهم واكرمنا بلذة النظر لوجهك الكريم وبلغهم وبلغنا شفاعة نبينا محمد وصل وسّلم علّى نبينا محمّد فيّ العالمّين انّك حميّد مجّيد
..,, اللهمّ آميّن ،،..

من دعى لميت سخر الله له من يدعو له بعد مماته

2013-01-06

analogy vacuum the monster.

salam habis exam second last paper. :)

mm..saya penah cakap cerita tak..yang saya sangat tak suka dengan vacuum cleaner..oh!..sangat tidak suka.. sampai saat mak saya suruh saya vacuum carpet..muka saya la yang paling menderita sekali..sama ada saya yang kene vacuum atau orang lain yang buat tapi saya berada di sekitar.. oh! benci sekali bunyi vacuum yang binget.



ada sekali..saya tinggal di rumah sendirian..mak saya suruh vacuum carpet sebelum ayah saya balik.. oh !kaget la saya yang sedang menonton spongebob dengan penuh keriangan sambil makan sebekas kuih raya..ohoi..

saya pon berlari ke stor..menatap sayu kat vacuum yang berwarna hijau muda itu.. arghh.. terseksa nya jiwa..saya tarek la plan plan dan pasang ke soket..saya mengambil masa nak 10 minit berfikir2 macam mana nak on vacuum tu tanpa sakit telinga dan tanpa sakit hati...~ namun buntu.

sekali.. dengan penuh debaran saya pon tekan la button ON tu.. arghhhh...... berdesing telinga.. sejurus bunyi vacuum memcahkan suasana riang tadi.. saya menghalakan penyedut vacuum ke carpet laju laju.. saya dah tak tahan.. arghhh..  namun carpet tu tibe tibe nampak macam seluas padang bola pulak..

saya sedut semua sudut ..sampai tak terperasan tersedut sefamily spider. mintak maaf spidey. :( dan sekampung semut .oh! yang ni saya tak kisah.. mesti kecoh kampung semut bila  majoriti rakyatnya disedut oleh monster yang biseng. alahai~ tak ada yang terselamat ,hahaha saya gelak sendiri bila membayangkan kampung semut bagai dilanda bala besar.. kesian. tapi lucu. jahat kan saya. murderer.saya gelak lagi.

habis kisah semut.saya terganggu lagi dek bunyi vacuum yang terlalu tinggi vocalnya.

saya tidak tahan lagi.. arghhhhhhhhhhh.. dengan saya sekali terhigh vocal.. sama naik dengan bunyi vacuum.. saya buat macam macam bunyi untuk cover bunyi vacuum yang kuat macam siren masuk air tu.namun tak dapat..saya rasa macam nak menangis.. berapa kali saya stop dan on semula.. selepas hampir sejam.selesai lah saya memvacuum carpet imaginasi seluas padang bola tu... wooo..

saya simpan vacuum dalam stor..tutup pintu dan kembali ke ruang carpet padang bola.. oh! saya genyeh mata.. wow! bersihnya.. jauh lebih bersih berbanding saya sapu dengan penyapu.. sebab sebelum ni..saya lebih rela sapu dengan penyapu.. ternyata sapu dengan vacuum ..jauhhhh lebih bersih. saya rasa nak nanges.

tahu tak.. selepas pada kejadian tu.. saya terfikir satu analogy.

analogy vacuum vs nasihat.

vacuum tu ibarat nasihat.biseng binget dan menyakitkan,tapi hasilnya carpet yang amat bersih.
begitu juga dengan nasehat.. pedih dan menyakitkan dan menyinggung.. namun perlu untuk membersihkan hati dan sikap seseorang.

bagaimana sakitnya teliga mendengar desingan vacuum.. begitu juga la sakitnya hati tersinggung menerima teguran.. namun itu yang diperlukan walaupon kita tak suka.



#haha ..saya tetap tak suka dengar bunyi vacuum.but still like the result.kenyet mata jangan tak kenyet..~



selingan : ni  my love anas tolong saya vacuum.. he loves this monster very much.we had the best day that week.struggling with this monster all day :) miss you Anas.




May Allah Bless You.
Wassalam.

2012-12-13

oh bus!

salam.

ohoi.. HARI INI DALAM SEJARAH,,

err ape bende ni. ya..hari ini dalam sejarah yang enshaallah takkan dilupakan sampai mati.. erghh..

oke oke.. salah saya.. saya teringat satu bende ni.. hahah semlaam kan 12.12.12.. saya pon gatal jari jemari pegi post kat fesbuk supaya allah menjadikan perkara yang baikbaik pada hari tersebut.. patotnya tak yah la nak melampau sangat kan.. kalender masihi plak tu. hamek kau. sepatutnya doa la hari hari ade terjadi perkara perkara yang baik saja.. hahhaha

tup tup esoknya.. (hari ni la..) terjadi perkara tak baik.. wooooo

alkisahnya pagi tadi.. wuaaaa.. saya dan amani pergi ke central untuk membayar bil talifon yang da tertunggak nak dekat enam bulan.. amboii.. lamanya tertunggak.. dah nak buat macam mana kan, errr..

untuk pengetahuan.. tu adalah first time pegi bayar sendiri.. sebelum ni ada orang lain tolong buat.. ohoiii.. bahagia yang tidak mengingati dunia lagi dua kanak kanak riang inih!

lepas keluar dari central..bukan main semangat lagi la berlagak tunjuk muka tepi jalan tunggu micro bus..atau mana mana bus untuk pulang ke sarang,eh! pulang ke rumah...

tunggu punya tunggu batang hidung micro bus pon tak nampak.. jenuh jugak menunggu menganggkat jari dua batang sebagai isharat tempat tingal kami... da ade rupa penyeru keamanan da.. (sebab isyaratnya kene angkat tangan bentuk peace supaya melambangkan isyarat saabi' )..namun. da nak setengah jam tunggu..tak der jua datang nya si microbus... erghhh.

lama sikit nampak bus.. wokeh la.. bus pon bus laaa... so... oh! tragedinya bermula di sini...~

kami pon naik la bus dengan girangnya.. bus bergerak sederhana laju.. tapi sebab kami menuju ke bahagian belakang bus.(sebab kerusi depan semua penuh..belakang je tak der worang). jadi pergerakan kami macam bertentangan dengan arah bus bergerak ke depan.. oh keling sungguh ayatku ini..

tak pe. so melangkah punya melangkah.. mata saya memandang stret ke arah sahabat saya yang berjalan mendahului di depann.. tak nampak pulak ada bonggol space tayar belakang bus,

lantas saya tersepak lalu tersandung dengan bersemangatnya, gaya gaya nak terbang pon ada,dengan sempat tangan bertapak menahan muka dari tersembam dan lutut sempat melutut laju dan GOL!!!!!..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ehhh ape pulak gol??

silap silap..err.. saya pon jatuh la.. err..yer..yer.. saya tersungkur dengan tak berapa nak anggun..disaksikan oleh 7-8 passenger gitu..bunyi yang terhasil tu sama nisbah la dengan berat saya kan.. maunya bergogar satu bus.. alhamdulillah bus tu tak mengalami ape ape kerosakan enjin atau ape ape keretakan..errr sakit dan malu tu datang bergilir gilir.. mula mula tu memang la sakit.. da hilang sikit sakitnya.. ohoiii.. malu pulak terasa.. dari belakang saya rase nak tembak je dengan senapang sesapa yang nampak saya jatuh tuu.. wuaaaaaaa.. tidak daku biarkan sorang pon hidup ...ohoks!

tapak tangan saya sakit betul.. lutut pon dudu belah lebam tau.. sob..sob.sob... nak nagis je.. kawan saya tu plak ampai senak senak perut tahan gelak.. konon nak berlakon jadik kawan mithali la tuu.. ceit. dari muka yang berkerut kerut dan hidung kembang kempis tu pon saya tahu tengah tahan gelak nan tersembur.! erghh..
sampai je rumah.. gelaknya yang tertahan tahan demi mempertahankan keayuan gadis melayu muslimah tersembur jua.. boleh tahan jemah ni gelakkan orang.. wek!

alhamdulillah tak der student melayu time tu.. alamak aiii.. kalau tak.. maunya saya turun balik dari bus tu..tragedi betul. nak nangesssss...

allah ..kafarah dosa betul.. 

tu la kejatuhan seorang duta yang paling dashat dalam kejatuhan kejatuhan duta dalam dunia ni.. ohoi!


....kbye..tu je perkongsian saya hari ni...

penagjarannya :jangan naik bus dengan perasaan terlalu riang gumbira.. bisak mengundang musibah.


wassalam.

2012-12-11

tanta is nice.

salam.

hari ni 11 dec..wuarghh.. oke..tu bunyi menggeliat sambil membetulkan stokin..saya sedang menype pada waktu pagi pkol 9.51 di tanta,mesir.

saya tinggal di cairo tapi datang tanta sebab ade kelas subjek qadhaya fiqh muaasoroh..hmm ,kire pelajar cemerlang la tu kan? datang jauh jauh sejuk sejuk menggigil macam ni sampai tanta semata mata untuk belajar qadhaya? o men!..

haha tak la. jokes saje.

tahu tak? suhu kesejukan kat tanta ni jauh lebih sejuk dari cairo.. subhanallah..amazing allah control ek? padahal tak jauh mana pon distance btween both tempat ni. but seriously tanta is colder and way better then cairo for it coldness.. hahaha i love it.

walaupun saya menggigil macam apa gara gara pakai sweather yang tak berapa nak tebal..angin bertiup kencang..udara da mengalahkan peti sejuk ais kem walls atau nestle..mata tak boleh nak buka macam bukak kipas nombor 3 depan mata.. kadang kadang langkah terhenti sebab pushed by the angin..hahaha *i tought that i'm not so anak badak then.. hahah

 tapi saya tetap seronot..sebab sejuk.. :) sejuk sampai tak boleh nafas rasa macam minum ABC (air batu campur) kot hidung. ohoi..~ subhanallah..tidak mungkin ade pengakhiran kekaguman saya dengan siri siri kesejukan yang allah cipta ni..

tu pasal allah suruh berjalan jalan di muka bumi yang allah cipta ni.. so you can see the sceneries and the kecantikan dan kejelitaan dan kebesaran penciptaan alam semesta yang sangat hebat!.. and rasa kagum yang membuak buak itu datang bersama sama otak yang berpusing pusing nak membayangkan keindahan surga yang allah perkata kan dalam quran..namun...

GAGAL!..

haha or course.. don't be silly la.. bukan ke ade hadith yang cakap surga tu adalah satu tempat yang memang sampai mati pon kite takkan boleh bayang rupe bentuk fisiknya.. yang tak pernah terlintas di bayangan benak manusia..yang tak pernah didengar dan dilihat.faham tak.. hahaha that is fun! so misterious.. hahaha.. ya allah.. semoga kau sucikan dosa dosa ku di dunia ini dan masukkan daku ke dalam surga firdausi mu..aku, family ku teman teman ku dan semua la :') amin ya rabb!

jari jemari saya rasa macam nak beku.but selang 5 minit i amek break and letak my hand under my under arm.. heheh suam suam sikit bahagian itu.. aaaaahhh..~ now you know why allah gave us under arm? hahhahahaha subhanallah. full of wisdom babe!

hmm tu je kot berita dari tanta..

setahun sekali update blog. wahahaha..

kbye.. wassalam.











 

2012-09-04

kisah ketupat sotong.

salam..

nyam nyam..sedapnya.. elok elok saya mendapat pekhabaran gembira semalam..ohohoo..mak saya masak satu bende ni.. kegemaran saya tau..eh eh jap .. apebende yang tak kegemaran?saya semua bende kegemaran.. ratu makan sedunia..ohoho.. makanan ni abah saya pon sangat suka.. disebabkan mak saya ni kelantanese,so makanan ni adalah makanan kelantan la.. I love kelantanese food..

ni nama dia,ketupat sotong.

eh betul ke? betul la kot.. sebab dalam badan sotong tu ada pulut..pastu dah masak dia masak dalam badan sotong tu..jadi macam ketupat.. cuma dia adalah ketupat dalam badan sotong.. panjang la kan nama tu..so dipendekkan cerita jadik ketupat sotong. ngahaha..

saya sangat suka.. sebab ini mende..masaknya letak santan..dan saya sangat menyintai santan.. waaaa kalau da suke makan tu wajib la suka makan santan kan.. haha tak suka tu orang oanggil hilang nikmat makan.

*saya selalu kene bebel ngan mak saya bile didapati santan yang nak diletakkan dalam makanan tinggal separuh..jangan tiru aksi ini di rumah.. meratah santan boleh menyebabkan obesiti.oh!

saya tak pernah buat bende ni sendiri tanpa pemerhatian dan selian dari puan supervisor madam hasma a.k.a mak saya lor.. eheheh..  tapi saya yakin saya boleh buat sendiri.yakin beno?.. ehehe.. sebab bahan dia tak susah pon.. 

kalau mak saya buat..mahu saya makan 2-3 mangkok tak bergerak gerak dari meja makan.. sedap tau..walaupun saya ni suka makan. perut saya sempit.. tak bole makan banyak banyak..sakit perut.makan banyak kali tak pe. ohoho.. dah makan banyak pon,boleh buat muka tak malu mintak lagi.. hahahah shiok tau..

dia gabungan rasa santan dengan gula melaka campur rasa sweet sweet sotong..masak sampai menggelegak,so rasa dia sangat lemak manis.. saya suka manis..waliyazu billah kene kencing manis.. ohoi! kalau ada orang dari  KL,atau negeri negeri lain yang tak pernah makan ketupat sotong,saya cerita pasal ni mesti dia orang macam loya loya.. kata mereka.. 

"macam mana nak makan sotong dengan bende yang manis.. sotong tu kan makan dengan lauk yang supposed to be masak masin? bakar ke..grill ke?.. macam mana korang bole makan dengan santan and gula?"

ntah.. yang korang orang utara makan tembikai dengan nasik tu,saya oke je? walaupun meremang jugak bulu roma memikirkan nasi jadi merah dengan air tembikai.makan nanas masak dalam gulai kuning?(ke masak lemak?)

tapi tak pe la.. lain orang..lain la seleranya..manusia ni memang pelik pelik.. hahaha makan pon pelik pelik.. esokey..tak kisah lansung.. 

yang penting ini ketupat sotong buatan mak saya sangat lezat dan enak sekali berkali kali.. ..

balik mesir..kemponan la you.. ~





*mesti mengalir ngalir ayer li0r korang kan? ahah! tu memang motif saya.


k.bai,
wassalam.