2012-04-18

rabu yang kurang perkataan.



"we must embrace pain and burn as it  fuel for our journey" -Miyazawa Kenji

2012-04-14

semoga dapat wedding paling barakah.amin :')






INGATAN BUAT PENGANTIN:
HARI BERGEMBIRA BERTUKAR MENJADI HARI PENYESALAN



Muqaddimah

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan.

Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka.

Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang.

Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi.

Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى 



, nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan… maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan.

Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.

tapi , adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri?

Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka.

Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama.

Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka.

Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang.

Habis ditolak tepi perasaan malu.

Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng’upload’ kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh (seantero) dunia.

Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan ratusan mata yang menyaksikan adegan sulit ini.

Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan.

Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik.

Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan mahram.

Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal.

Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu.

Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya.

Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya.

Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acuh diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.

Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama… kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular.

Berceramah pula di masjid dan surau.

Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia
lakukan itu.

Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah pelbagai kitab mencari dalil menghalalkan perbuatannya.

Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang ‘gharib/asing’ walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti.

Renungkan seketika majlis perkahwinan itu.

Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah?

Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih.

Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi.

Tatkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu…

Yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu.

Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam?

Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan Tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya. ..

Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah.

Tidak lebih dari itu.

Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah.

Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri.

Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , “Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin…Macamana pula gayanya!” sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia ” Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!” dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira…. kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.



ni saya copy and paste dari facebook.saya suka dan rasa bermanfaat.

kerana lidah,dunia akhirat binasa..tanda seru.

bismillah.

semalam kan..saya pegi tahfiz kat hussein macam biasa..rabu dan sabtu. pastu ,ending kelas semalam best sangat..dekat dekat nak habis kelas tu..ustazah saya ade sebut kalau kite bukak aib orang lain,allah akan bukak aib kite dan dengan tidak gusar lagi kite pon akan melakukan aib yang sama.. o mai god!
tetibe rase tertampar sampai berdarah hidung..

yer la.. mane taknya. kite kadang kadang tanpa sedar tercakap keburukan orang lain..dan memalukan orang lain yang juga saudara kite.. sedangkan keburukan yang disebut tu tak mendatangkan ape ape faedah pon pada diri kite dan tak der la mnyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang pesat pon..apetah lagi menambah wang saku bulanan.kecuali nak memuaskan nafsu shaitoniyyah je.

tapi nak jugak cakap,hasil dari hati yang kotor dan sakit,nak jugak bercakap gaya gaya -orang-tahu-semua-bende-la kan?.sedangkan dengan menyatakan keburukan orang lain tu merendahkan martabat dirinya sendiri ke martabat yang paling low of the lowest..astaghfirullah hal azeem..

mula mula tu memang la orang dengar atau buat buat berminat nak dengar .. tapi sape yang suka cakap buruk pasal orang ni,orang tak suka buat kawan..mana tak nya.. sekarang dia bole cakap buruk pasal orang lain..esok dia cakap buruk pasal kite plak.. ow no..ow no ow no...~ mintak jauh..

dan seriyes,allah tu maha adil..kite mengata kat orang,dan jangan ragu ragu bahawa allah akan bagi kite plak yang buat perkaara yang kite kata kat orang tu.. ade hadith tentang ni.. tapi saya lupa.. yang mafhumnya lebih kurang : sape yang menghina orang yang berbuat dosa ,dia takkan mati selagi dia tak terjerumus dalam dosa yang sama.

lebih kurang la..contohnya menghina pendosa yang dah bertaubat dengan dosa silamnya.. at the end,kite plak yang akan buat dosa yang sama..waliyazubillah.. sila beristighfar sekarang jugak! ~

kerana lidah badan binasa. pepatah orang tua.. hmm ade betulnya di situ.. bende bende lidah ..bende bende percakapan ni saya tak tahu la boleh dikait rapatkan ngan orang lelaki ke tak.. sebab saya tak tahu orang lelaki ni kalau menyembang bercakap pasal ape.. bercakap pasal orang lain atau memang jenis nyembang pasal bola je manjang?.. ntah la..

#bola adalah topik paling bosan of the bosanest oke..(tapi orang lelaki mmg tak boleh berenggang dengan bola.. i just don't know why..release tension gamaknya?..suke hati la.




tapi kalau dengan orang perempuan?..walaweh..ini bukan barang aneh.. ini makanan sehari hari.. mana boleh tak bercakap.. heheheh.. setiap hari bercakap banyak macam ape.cuma terpulang la mengikut level level tarbiyah masing masing,makin tinggi tarbiyahnya (tarbiyah yang berkualiti oke).. makin terjaga pertuturannya.enshaallah. T_T

bende berkaitan lidah ni bukan terikat dengan bukak aib je tau.. banyak la..

1.mengumpat
2.memaki hamun
3.mengata orang lain
4.membanyak complaint
5.merungut (takbershukur)
6.membuka aib orang lain
7.mengejek
8.mengeluarkan perkataan yang tidak elok
9.menyakitkan hati orang lain dengan kata katanya
10.memerli,menyindir.
11.zina lidah,kata kata yang menimbulkan shahwat.
etc..etc..etc..

tu je yang saya boleh fikir..kalau bercakap terlampau banyak,silap silap da tercakap bende salah atau terngumpat mana mana pihak.ow men! bisa bawak ke gerbang neraka tahu??!

ومن كثر كلامه كثر خطاؤه ، ومن كثر خطاؤه قل حياؤه ، ومن قل حياؤه قل ورعه ، ومن قل ورعه مات قلبه ، ومن مات قلبه دخل النار

((sesiapa yang banyak cakapnya,banyak kesilapannya,siapa yang banyak silapnya,berkurang la sifat malunya,siapa yang kurang sifat malunya,berkuranglah kewarakannya (ketundukan hati),siapa yang berkurang sikap waraknya,mati lah hatinya,sesiapa yang mati hatinya masuk neraka ))

kata kata saydina ali karramallahu wajhah kalau tak silap.

kan mengerikan itu?..

hmm kadang kadang kite ni kalau bercakap tak hengat dunia,semua bende nak cakap,semua bende nak komplen,ade je la dia tak puas hati mana mana..

sebenarnya dari butir butir percakapan seseorang tu boleh menggambarkan peribadi seseorang itu..point point dalam percakapannya tu bagaimana?..adakah kerap merungut?kerap condem orang lain? kerap menyalahkan orang lain?..kerap mencari salah orang lain?.. atau mengutarakan perkataan perkataan yang baik dan sedap didengar?.. fikir fikir sendiri la..

muslim yang hebat dan berpandangan jauh hengga ke surga itu adalah muslim yang banyak diamnya,cerdas akalnya ,banyak amal perbuatannya dan sibuk harinya..

sebab tu la baby tak der dosa..sebab kitorang tak pandai cakap lagii~ banyak nangis tak dosa oke..



hmm..dah banyaknya dosa..

lidah ni bukan la bende2 mudah untuk dijaga..~ untuk sesapepon..~


oke la..buat semua orang , kite semua ade mulut dan lidah,semua orang bercakap. kecuali orang bisu ,semua orang buat silap.. dan sebaik baik orang yang berbuat silap adalah orang yang bertaubat.. silap dengan allah bertaubat la.. silap dengan manusia,mohon maaf la..

buat ibu ibu ,didik lah anak anak kite untuk bertutur dengan perkataan yang baik baik oke.. macam mana?..kite yang kene jadik contoh..masih tak terlambat walaupun satu mase dulu kite pernah menjadi Joyah Kecoh Sekampung,tapi kite tak mahu generasi kite rosak macam kite,so tk terlambat untuk bina generasi yang punya akhlaq yang baik,anak anak kite baik,kat akhirat nanti kite jugak yang untung..nak masuk surga tak?. hehe

buat isteri isteri,jaga la tuturmu dengan suami terchenta,sesungguhnya isteri tu penguat rumah tangga,dengan tutur kata yang lemah lembut dan tinggi tatabahasa dan kesopanannya menggembirakan hati si suami dan memberi semangat luar biasa,so suami boleh buat kerja elok,tak cari perempuan lain,tak la huru hara rumah tangga,simbah simbah acid,jenayah rumah tangga menurun,pemuda pemudi tak takut nak kawen,ramai la generasi muslim yang berkualiti..enshaallah oh! formula yang nan panjang..~


buat suami suami .. *Eh ade jugak?.. hehe mesti la ade.. ade mulut jugak kaaan.. ehem! jaga la lidah dan bicara anda terhadap isteri anda.. jangan diikutkan ego nak menang aje memanjang,sesekali tu,ucapkan la kata kata yang memujuk dan menggembirakan hati isteri anda.jangan la tinggikan suara kalau memerlukan untuk tinggikan suara.sedangkan nabi muhammad tak pernah meninggikan suara terhadap isteri2 baginda.sesungguhnya perempuan sangat la sensitive dengan suara lelaki yang ditinggikan..err..


buat ayah ayah,benar sosok gagah mu itu menggerunkan anak anak.. tapi ingat..bukan dengan marah marah dan tinggi suara yang ganas tu dapat meraih rasa sayang dari mereka..rase hormat dalam ketakutan mungkin la..bermua'amalah la dengan baik denagn anak anak,lagi lagi mase diorang kecik.. jadi la contoh yang terbaik dlaalm keluarga.ingat anda punya banyak bende yang nak dipersoalkan kat akhirat nantii mihihi..~

waa.... banyak plak wasiatnya..~

..oke la.. adios.. penat la menype..~



p/s: mari buat kempen jaga lidah.
p/s: orang bisu mengumpat guna isyarat eh? erk sorry.. =_="
p/s;saya rasa penah buat post pasal lidah..hmm lupa suda.
p/s:jangan lupa doakan rakyat rakyat syria yang tengah menderita dan kite sedang selesa..~




p/s:anak anak soleh harta kite dalam  kubur~ sob sob sob..semoga allah kurniakan kite anak anak yang soleh solehah.. amin.. *segan la.#lempang



kabai,
wassalam.




pisang jangan berbuah dua kali oke! sekali berbuah banyak tak pe...~

bismillah..

semalam kinah kate kelas tahfiz tak der..semua cuti gara gara nak exam.. mengikut jadual,saya ada exam hari sabtu ni..tapi bila kinah kate markaz tahfiz cuti,saya menjadi girang ala ala nak menari samba gitu.. namun,malam sabtu tu..saya tetibe menjadi resah dan gelisah.. betul ke cuti..ke kelas kinah aje yang cuti?.. ini sudah tidak selamat ..

saya terus mencapai empon yang buat buat bergaya yang sikit lagi nak jatuh dari sudut meja.saya koling koling  la ustazah tahfiz saya.. henghh.. tk hangkat pula.. kemana pulak ustazah ni memalam?..time tu pukul 11 malam kot.. ah,tk kisah la ustazah nak kemana..yang penting saya kat rumah tengah bimbang ade kelas ke tak sebenarnyaaa??? (sebenarnya tengah bimbang kalau ade kelas saya tak berpaa nak ready lagi untuk hexam ituh) hayyo yo..~

saya kol ustazah lagi satu #bekas ustazah saya selama dua minggu.

lepas ustazah bagi penerangan panjang lebar selama satu nafas,saya rasa macam nak menangis gaya mak hilang anak je.. suara kasi maintain... off je phone..saya pon muka dah macam merana la kan.. yang cuti tu kelas bekas ustazah saya dan kelas si kinah tu je....kelas saya ade..online eh oncall,eh.. on je macam biase! ciskek sungguh..~

maksudnya saya ade EXAM esoknya! ..


                                                 ow men..ow men...ow men...

da la time tu dah pukul 11 lebih.. tak der nyer otak saya nak berkerja sama menghafal quran di malam malam buta..

saya menjadi bimbang..sebab saya mungkin baru settle hafal 78% jew.. wuahahaaaaaaaaaa..~

so hari ni saya pergi je la kelas dengan jantung yang berdegup tak tentu hala.. nak lengkapkan lagi 22% lagi..takut laaa.. nanti ustazah buang kelas. kalau tk lulus.. tanak..tanak..tanak..~ sambil kesat ayer mata yang tersembur sembur..

masuk je kelas,tak sempat duduk lagi ustazah da bagi soalan,hagak la kan.. heheheh saya sengih je la sekerang kerangnya.. buat muka tolong-kensel-exam-hari-ni-ganti-hari-lain-bole?.

namun tak berjaya.. ustazah senyum bahagia nengok muka saya yang kecuakan.. sambil hulur tangan nak buku nota saya.. nak tulis soalan tahriri (penulisan).wuaaaa..

markah penuh 10. saya sambil tenganga nganga dalam masa yang sama tak mo kasi nampak sangat kecuakan dan ketakbersediaan tu.. peluh mengalir laju di dalam kasut pink berkilat saya yang diseliputi debu...err.. susahnyaaaaa... mata saya berkelip pelan pelan je.. tanda tk mo buat exam hari ni..~ tapi ustazah buat buat tak faham kelip kelip mata orang melayu lagaknya.. orang arab experession lain kot?.. err abaikan.

saya pon jawab je laa..sebab ustazah paksa.. yer la.. saya da postpone exam minggu lepas.. ngeheheh.. #ngurang hasam punyer pelajar!

so..dalam kegabraan yang merobek jiwa..saya jawab jugak la.. punyer la ustazah riang memerhatikan mimik muka saya yang jelas terpancar yang soalan tu susah macam hape.. tanpa belas kasihan ustazah buat tak tahu je.. budak malas ni kene ajar sikit ni! <--saya rase ustazah cakap cenggini dalam hati.


lepas nak dekat sejam tu.. saya siap buat..walaupun ade keraguan dan kecelaruan juga pembaharuan dalam jawapan yang saya tulis..saya hantar la ..time nak balik ustazah pon panggil saya.. time tu saya rasa macam dipanggil depan perhimpunan mingguan untuk di rotan tangan sebab mencuri kat koperasi je tau!.. ustazah steady je. senyum je la kan.. ustazah tunjuk la saya silap kat ne.. pastu besar besar ustazah tulis 7/10.. oh! amsterdam sungguh!  tujuh je?????? terkubur hasrat saya untuk dapat 10/10 untuk first exam.. sedeh bangat bangat neh.

saya buat muka seposen.. ustazah tak heran lansung you!.. oke fine la.. saya redha la kan.. sape suruh tk comfirm awal awal ade kelas ke tak.. hmm ketuk ketuk kepala ngan senduk.toink3.




p/s: pemalas macam ni patut buang daerah je.

kbai,
wassalam.





2012-04-13

subhanallah ..allah mesti jauh lagi hensem dari ciptaanya yang osem! T_T

bismillah..

semalam,saya dan sakinah pergi rumah kawan arab untuk study group.. dia tinggal jauh amaaaat.. tak pernah naik metro (LRT) sejauh tu.. lepas 17 station tu.. mujahadah betul hajar pergi kelas hari hari..

time saya nak balik,kami pon naik la metro macam biasa.. sebab orang ramai,so,kami kene berdiri aje la.. lenguh kot berdiri lama kemain.. tapi yang mengurangkan lenguh tu adalah haritu terlampau ramai budak dan bayi yang comel naik satu gerabak ngan kami.. ~ walawehh.....~

serious ramai.sebelah kanan sorang belakang empat orang depan tujuh orang.. waaa.. tak tahu nak pandang sape.. ade sorang antara semua tu comel sangat sangat yang tak terhengga.. saya memang ashik pandang dia aje. subhanallah.. tak tahu nak cakap macam mana lagi comelnya ciptaan allah niiiiii!..


tapi saya kurang keberanian nak pergi dekat ..tak tahu nape.. takut mak mak lain kecik hati kot saya serang baby tu sorang je.. budak tu pakai baju kuning,muka putih melepak,mata bulat,mulut kecik dan comel sangat2!!
kinah kata :

"lah,kecik hati mak mak lain nt ashik tenung yang tu je dari awal tadi,tengok la yang lain jugak.. "

laaa.. kecik hati ke.. sorry..mane la saya perasaan saya tenung dia dari awal station sampai ke station ke 17.. errr.. saya rase saya tengok semua budak yg ade dalam metro tuu..saya memang tak sedar pon.. tu masuk kategori tak sengaja la kan.. saya sebenarnya nak snap semua gambar budak budak comel yang ade dalam metro tu.. tapi jadik segan tetibe... tak tahu nape.. biasanya saya tak malu pon.. ntah la..~

ade sorang tu,rambut kerinting (saya suka!) putih sangat,mata kelabu,bulat dan besar sangat!.. nak menangis je rase tengok kecomelan itu budak..tapi mak dia nampak garang..saya tengok gitu gitu je la..

saya rase saya sampai pening pening sebab rasa nak pegi cuit semua budak budak tu.. tapi tak boleh.. hmmm..~

da orang macam beransur kurang,saya dengan kurang malunya mendekati baby kuning tadi. dia tak banyak respon..dasar baby pendiam la kotnyer.. ehehehe.. saya duduk sebelah mak dia.. mak dia baik.. cakap banyak.. orang nak tengok anak dia je sebenarya.. lalalalala...

baby kuning tu namanya yassin.. saya geletek2 ..tak gerak lansung.. terus memandang saya macam stranger.. (memang stranger pon.) saya usya jugak dengan tabah dan cekal sampai dia senyum..(senyum tak sampai 5 saat) laaa.. ade gigi da banyak rupanya..nampak macam kecik lagi.. saya tanya berape bulan.. mak dia gelak je..sebab yassin sebenarnya da setahun setengah.. hahahaah size kecik~

sampai saya tak sedar saya dah kene turun.. wuhuuu.. kinah yang buat sound effect dari jauh.. oke..oke.. saya terpaksa turun.. tahu tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


saya sebenarnya ade snap gambar yassin!!! ahahahahaha.. nak tengok?.. tapi dalam gambar tak terserlah mana kecomelannya.. camera saya la yang cacat oke..~ nah.

da selamat jadik wall paper tepon bimbit ku..walaaa..~
kihuuut! :')

p/s: oke.. andai anda anda rase post ni sangat la tak berguna untuk perkembangan IQ anda dan tak menyumbang ape ape kepada agama,bangsa dan masyarakat..ehehe saya mintak maaf..err..

p/s: saya nak share je ape antara bende yang terbest of the best yang ade kat mesir inih :)
p/s: baby2 kat cni sangat comel..saya rasa nak tempeleng je! #ayat yang mengganas..~

p/s:saya sedeh sebab tak berani amek gamabr babies yang lain,lagi2 yang rambut kerinteng tu..~


kbai,
wassalam.


2012-04-11

kite tak tahu ape Allah plan..sila bertaubat ..

bismillah.

keadaan mesir yang sibuk dengan pilihan raya langsung tak terjejas seinchi pon dengan kekecohan pasal tsunami dalam facebook.. sikit pon tk.. membuatkan saya jadi nak percaya ke tak pasal berita nak tsunami.. ahahah.. boleh pulak.. tapi bile dah tengok banyak pulak berita dan post kawan kawan pasal tsunami,cuak juga dalam hati..tak sedap duduk la saya yang kat perantauan ni..

muka cam rilek la kan.. dalam hati da berdebar debar.. tangan sampai tak menyempat nak tekan keyboard,cari area mana yang akan dihempas tsunami... punya la berdebar,last last,saya tengok,malaysia berkemungkinan akan tereffect bahagian utara dulu,sedikit kelegaan di situ.. alhamdulillah..,da settle family,teringat pula ustazah ahlam dan family (cikgu kesayangan saya) dan ustaz muhammad dan family yang tinggal di indonesia.berdebar bukan sikit sikit,saya tanya kawan kawan indonesia yang beberapa kerat..oh! alhamdulillah..katanya gak apa apa,semua baik baik aja.. #amek ko.. hihi

alhamdulillah..shukur..
saya sedikit lega..cepat je lega kan ,padahal saya cek cek je.. hasil dari penelitian sendiri dah lega.. sedangkan kalau allah nak buat tsunami tu boleh je kalau tsunami nak datang dari langit kene kat semua orang,waliyaaaazubillah..

post post kat fesbuk lagi ajaib,semua tk putus putus doa dan mintak allah bagi pelindungan..mashaallah..sampai penuh home fesbuk dengan doa dijauhkan dari tsunami..semua orang ngeri..semua orang seriau bila terkenangkan tsunami tahun 2004 dulu..

hah?..2004 dulu?. ooo,,tsunami dah pernah terjadi la kirenya?.ni bukan first time?.tapi keramaian orang kelihatan tak mengambil iktibar kan?.. sedang kan semua orang tahu bertapa dashatnya tsunami yang telah berlaku di acheh pada tahun 2004, nak mencecah 300,000.. dan meninggalkan berjuta manusia tak berumah dan ta berkeluarga dan 1/3 dari mereka adalah kanak kanak.. allaaaahh.. semua orang tahu..tapi...












dunia ni tak der nilai pon...~


dashat kan..semua orang ngeri..dengan saya saya ngeri..tapi dunia bertambah tambah kuasa dua kefasadannya.tak tahu la kenapa..~

lepas beberapa jam,ahli ahli kaji cuaca mengeluarkan laporan bahawa tsunami tak jadi nak datang.. fuh..semua orang lega.. tapi,tak banyak mane post post keshukuran yang saya boleh tengok kat home fesbuk saya.. mungkin diorang buat sujud shukur dan tak post kat fesbuk kot?.. may be..~ =_="

wah.. saya fikir.. allah nak usya usya je kite.. kite dah menggelabah tak hengat dunia.. baru nak berdoa..baru nak memohon.. supaya allah tak menjatuhkan bala ke atas kite.. tibe tibe allah tk jadikan kedatangan tsunami,dan semua orang lega.. 

ahli kaji cuaca boleh je nak jangka kalau tsunami tu tak jadi nak datang,tapi allah tu maha besar..boleh je kalau nak datangkan tsunami tanpa tanda tanda,dan mase tu of kos la semua orang tak bersedia dan akan lari bertempiaran macam mak hilang anak,bahkan lagi dashat dari itu..~ waliyaaazubillah..

mule mule dengar pasal berita nak tsunami tu... saya teringat cerita hafalan solat delisa.. waa. bertambah ngeri dan gerun.. sebab baru  tengok kan...lama lepas tu.. saya terfikir,andai la kite tak bersedia dan kedatangan tsunami ni benar benar menggelabahkan kite.. macam mana kite nk bersedia untuk kedatangan hari kiamat nanti?... berjuta kali lebih menggerunkan kot??..

semoga allah mengurniakan husnul khatimah kepada kite.. :'|


semoga kite tergolong dalam golongan yang mengambil iktibar dan pengajaran.. amin..

p/s:jangan lupa orang syria dan palestine ..peace


kbai,
wassalam.


2012-04-10

dasar tk tahu diunt0ng ~

bismillah..


hmm lagi lagi isu shukur yang nak ditimbulkan,saya tak kisah..dan saya tak bosan untuk cakap pasal shukur ni walau sejuta kali sekalipun.. mungkin kerana rasa shukur tu sangat kurang dalam jiwa kehambaan saya ni?.. allahh..

macam macam perasaan yang bercampur campur bila mengenangkan diri  dan amal dan masa yang tinggal sedikit.. dunia dah nak kiamat ni.. macam mana dengan masa sesempit ini ,kite masih boleh bagi ruang kepada kemalasan,kerehatan yang panjang ,tangguh menangguh,buat bende bende yang sia sia,berhibur berpanjangan,dan tidak mengingati allah kecuali dalam kesempitan?..

jelas kerana kite masih lagi berada di zon yang selesa.. bukan saya mintak untuk kite diuji..tapi itu la hakikatnya,selagi hdup kite senang,selagi itu lah kite takkan selamanya menghargai masa senang tu.dan mensia siakannya..


keramaian manusia tidak menghargai sesuatu nikmat semasa ada nya nikmat dan menangisinya setelah tiada..~ oh!

tadi pagi ..saya terlihat gambar ini... saya tak baca lagi descriptionnya pon saya tahu ia berkisar tentang ape.. saya sedih..saya tergumam dan saya terdiam saja. saya tak sanggup nk upload gambar tu...tapi nanti orang tak leh nak bayang pulak.. so saya upload jugak la.. (walaupun saya tak suka upload gambar gambar macam ni dalam blog saya) :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



korangggg.... TT_TT
saya tak sanggup nak upload sampai menggigil tangan.. tapi ni adalah satu peringatan dari allah.. 
mereka manusia dan hamba hamba allah yang berada di sudut bumi yang lain bukan main susah nak beribadah,bukan main susah nak menjadi orang islam..bukan main susah nak ucap syahadah secara terang terangan.. ini la hasilnya shahadah mereka.. mereka diseksa dan dibunuh macam tu je..

(gambar di iran,ahli sunnah yang digantung sampai mati oleh shiah)

tak cukup selesa lagi kah negara kite?. tak cukup selesa lagikah rumah kite yang tak dibom tak dicerobohi askar askar giler darah,tak dicerobohi perogol dan penyeksa?.. tak cukup selesa lagi kah musolla dan surau surau di negara kite?.. tak cukup selesa lagi ??? sehingga kite tak boleh nak menunaikan solat dengan baik..sehingga tak boleh usaha nak khusyu' ?sehingga tak boleh membuka kelas kelas agama untuk mereka yang jahil?.. sehingga hampir 75% muslim meninggalkan solat dan tak tahu bersolat?? !

oke,andai kata kite jenis yang settle solat dan ibadat2 fardhu..masalah hati masih boleh diketengahkan mejadi isu besar yang dipandang kecik.. dalam zaman sekarang dimana semua orang berlumba lumba untuk menjadi yang terbaik dan tertinggi.. sifat takabbur di dalam hati tu sangat susah nak dikikis,sifat riak dalam amalan,sifat suka menunjuk nunjuk dengan hart kekayaan dan pangkat yang tinggi,kereta besar..rumah besar.. sombong dan angkuh..


itu belum masuk isu hidup mengikut hawa nafsu semata...~
belum masuk membazir dalam membelanjakan harta..~
belum masuk memburuk burukkan orang lain sebab hasad dengki..~
belum masuk tk menjaga batas batas pergaulan lelaki dan perempuan..~
belum masuk mengundi kerajaan yang tk islamic sebagai pemerintah..~
belum masuk dosa harian kat fesbuk..dengki kat orang,riak time tulis status,bangga orang like kite punye something,terhibur dipuji puji ,tengok gambar gambar tak meutup aurat dan banyak lagi..

oh! terlalu banyak T_T ..terlalu banyak untuk saya sebutkan di sini.. terlalu banyak dosa yang kite lakukan dari hari ke hari.. macam mana nak masuk surga  ni?...#niagara fall lagi..


allahh.. berat hati saya memikirkan semua tu.. ya..termasuk diri ini yang jugak berasal dari negara yang cukup selesa dan aman.. masih terkontang kanting..

allah memberi keamanan ni sambil memerhatikan kite..sampai bile baru anak anak adam ni akan bershukur dengan nikmat aman ni..


hmm.. astaghfirullahal azeem.. iya benar kite tak masuk surga dengan amalan kite.. kite masuk surga dengan rahmat allah.. namun..untuk mencapai rahmat allah,hidup tu ken la buat bende bende yang allah redha..~ T_T


mari sama sama beristighfar dengan hati.. ~sobs.
semoga allah menjaga hati hati kite dan memberi hidayah dan taufiqnya kepada kite..aminnn~


p/s:sorry la post semacam beremosi plak..~


kbai,'wassalam.